بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah.
Apa yang lagi susah apabila senang? Susah untuk sentiasa bersyukur ketika senang, gembira, lapang dan sihat. Waktu susah memang waktu itu kita bersungguh-sungguh mohon pada Allah supaya diberi jalan keluar.
Ketika senang yang susah untuk ingat pada Dia. Sayalah itu. Maka saya selalu berdoa agar saya sentiasa ingat Dia ketika saya senang, gembira, banyak waktu terluang dan sihat.
Oklah hendak cerita pemberian orang. Alhamdulillah.
Ole-ole dari Makkah. Makcik Mashitah baru balik dari haji bawa ole-ole biskut Maamoul jenama AlBatal.
Sedap biskutnya. Biskut kurma di mana gunakan kurma yang digunakan kurma Arab Saudi. Satu kotak besar ada paket-paket kecil yang mengandungi satu biskut yang besar juga.
Selain itu ada diberikan tasbih, minyak wangi, beg duit kain gambar Kaabah dan magnet peti sejuk gambar Kaabah (tiada gambar diambil). Rasa macam dah komersil dan macam-macam ada cenderahati. Dahulu pergi tiada pula magnet peti sejuk ini.
Selain itu adik perempuan belanja Samyang Buldak Cheese. Haha upah kena kemas mainan anak-anak dia yang rajin sepah. Hehe lama tidak beli Samyang Cheese. Budak-budak ini (anak-anak) dia ada pilih carbonara, ada yang extra pedas. Saya pula pilih keju sebab rasa seimbang pedas dan berlemak.
5 peket dalam satu bungkusan. Kalau dahulu beli seminggu boleh habis sebab sedap. Ini cuba jimat-jimat jangan makan selalu.
Korang ada perisa kegemaran ke?
biskuit kurma kedengarannya manis kak na...kalau samyang buldak baru aja kemarin mbul seduh tapi mbul pakekan bumbu indomie 🤭
ReplyDeletewalau samyang tu dah lama dekat pasaran saya belum pernah cuba...ni NA dah review sedap rasa teringin plk hehe
ReplyDeleteSy belum cuba samyang tu
ReplyDeleteIye, sekarang pelbagai cenderahati dari tanah suci...kecik2 dulu suka ziarah orang balik haji sebab dapat gelang warna hitam tu :)
ReplyDeleteMenarik oleh-oleh biskut tu. Lain daripada biasa.
ReplyDeleteSamyang Buldak…hehe, tak pernah makan dan tak tau.
Sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.. dan tahu senym itu sedekah :D
ReplyDeleteSeronok dpt ole ole dari Mekah ..
Love the intro. Moga kita jadi org yg senang tapi rajin bersyukur. Ha gichew.
ReplyDeleteTerliur pulak bila dikata samyang tu sedap. Nak kena cari ni.
kalau sy xde NA... x suka samyang... x kena di tekak melayu sy
ReplyDeletesamyang fav kt rumah yg packaging pink carbonara tu...dlu2 tk bole mkn 1 bungkus ..slalu rasa sesudu dua je bila anak buat tp lama2 dh bole abis 1 bungkus hehe
ReplyDeletekak ana tak masuk NA menu menu korea ni, anak kak ana suka nau makan. Terima kasih atas pesanan :)
ReplyDeleteBiskut kurma tu first time nampak. Tak pernah cuba....
ReplyDeleterezeki.
ReplyDeleteole2 dari Mekah , ciknur menungggu kismis dan kacang cerdik
Alhamdulillah, dapat ole-ole dari Makkah.
ReplyDeleteSaya tak pernah cuba samyang tu. Pernah nampak di supermarket. Boleh la try beli nanti.
Alhamdulillah....Dapat juga ole2 drp ahli keluarga yg baru balik menunaikan haji....
ReplyDeleteselamat tahun baharu 1445H
ReplyDeleteassalammualaikum cik na =)
ReplyDeletebiskut tuuu..yaya pernah rasa. ada sorng mber ofc ni balik dari umrah dia belikan utk bg kami yg kat ofc ni rasa..mmg sedap. ^_^
Waalaikumussalam warahmatullah :)
DeleteYg paling pedes masih jadi fav saya kak 🤣. Dulu saya ke Korea, saya ada temu triple spicier samyangnya, nampak tak masuk ke Indonesia. Langsung beli, dan pedesnya luar biasa 🤣. Tapi saya sukaa sangat ❤️
ReplyDeleteSekarang ni ada yang Samyang yang terbaru...cheese juga tapi rasa dia lebih padu.
ReplyDeleteCuya belum try lagi. Tapi cheese memg favourite Cuya
Kurang gemar makanan Korea jadi tak pernah lagi terdetik niat nak mencuba samyang. Alhamdulillah, banyak ole2 dari Mekah ye.
ReplyDeletewah best tu dpt ole2 dari Mekah..rezeki..skrg ni dah macam2 cenderahati bila orang balik dari umrah/haji..akak ada dapat buah zuriat, kawan bgi tahun lepas dia blik dari umrah..
ReplyDeleteSalam awal Muharram kak NA.. Alhamdulillah, best nya dapat ole² daripada Makkah.. macam sedap jea biskut tue, saya pun baru tau..
ReplyDeletetengah2 hari ni nampak biskut sedap pula NA... terasa nak cari nak cicah dgn kopi hahaha
ReplyDeletesaya cuma tahu samyang je makan mmg tak pernah... hehehe
ReplyDeleteTak pernah makan lagi..
ReplyDeleteWah.. menarik biskutnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah banyak dapat rezeki tu. Saya suka ramen yang pedas lagi. Carbonara sesekali makan pun layan juga.
ReplyDeleteselamat tahun baru na
ReplyDelete