بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
1 Oktober, Ahad bergerak keluar pukul 11 pagi lebih dari Sri Damansara ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail. Sampai dalam pukul 11:30 pagi. Tidak ramai orang tapi pengantin sudah berada di pelamin bergambar. Kami terus ke bufet makan dan tengok makanan lain. Ada kuih-muih (maaf ini selalu memang tidak selalu dipilih), aiskrim.
Pusingan pertama makan nasi beriani dan laksa Melaka. Susah jumpa laksa Melaka. Selalu keluarga Abah yang buat terutama Makcik Masitah atau Mak Busu. Ambil teh tarik juga.
Pusingan ke-2 ambil char kuetiau basah. Sebelahnya ada gerai apam balik nipis itu tapi saya tidak ambil.
Lepas itu orang sudah ramai datang jadi bangun beri orang lain duduk. Sementara saya pusing sekitar dewan untuk ambil gambar.
Sebelah kanan dewan ini ada perpustakaan tapi tidak ambil gambar pula. Adik-adik saya yang datang kemudian mula-mula makan lepas itu mereka pergi ke sana dengan anak-anak buah. Saya masih di dewan. Kadang-kadang duduk sebelah Mak Uda, kadang-kadang berdiri tengok saudara-mara jauh yang kenal gitu-gitu dan jiran-jiran di Kampung Sg. Penchala. Senyum dan salam.
Pukul 2 petang lebih baru minta diri. Rasa penat jumpa ramai orang. Macam saya seorang introvert yang bergaul dan bersalam.
Apapun saya hargai dan nikmati keadaan ini. Ini ada majlis perkahwinan anak lelaki kepada sepupu (Kak Ani). Kak Ani anak kepada Mak Uda (kakak kepada Abah).
Saya dapat buah tangan kek coklat ada taburan badam.
Balik baru dapat tangkap papan tanda menuju ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail.
Trafik lancar. Sampai rumah di Melaka pukul 4 petang lebih.
Macam2 lauk di kenduri. Kiranya pengantin lelaki ni pangkat anak buah NA la kan? Selamat pengantin baru semoga perkahwinan bahagia dan berkekalan.
ReplyDeleteOh…baru tau kewujudan Laksa Melaka.
ReplyDeleteKg Sg Penchala, teringat pertubuhan al-Arqam.
Bestnya, makan kenduri.
ReplyDeleteNasi beriani kuah banjir tu.
Saya tak pernah makan laksa melaka.
makanan macam menyelerakan...terutama nasi briani
ReplyDeletefavorit mbul char kwetiau....senang menghadiri majlis perkawinan hidangannya sedap sedap...mbul rasa rindu ingin menyantap nasi beriani
ReplyDeletebestnye gi majlis kawen kann., hehe
ReplyDeletewahhh majlis kat TTDI tuuuu... mesti meriah dgn mcm2 makanan...
ReplyDelete1st time dgr laksa melaka
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis berjalan lancar.. Lama LZ tak pergi majlis perkahwinan.
ReplyDeleteBila ada byk gerai makanan di kenduri kawen mmg food hunting la jadi nya :D
ReplyDeletelaksa Melaka...pernah sekali makan di mall Sek 14 PJ....byk pilihan menu sampingan...
ReplyDeleteKita sama kak, kalo ke wedding atau acara2 begini, jaraaang sangat saya ambil kue. Lebih suka makanan lain. Apalagi kebanyakan kue manis 😄
ReplyDeleteNampak meriah wedding buffet tu, menyelerakan dengan pelbagai jenis hidangan 🤓👍🏻
ReplyDeletebestnya gi kenduri, sabtu baru ni mam tak dpt gi badan x sihat.. en husben aje y pegi huhu
ReplyDeletemeriah makanan tu..wah laksa melaka..mcm 1st time dengar..biasa laksa penang, laksa sarawak, laksa utara..
ReplyDeleteRasa lama tak jejak kenduri kahwin. Seronok dapat merasa pelbagai jenis hidangan. Kalau saya suka rasa kuih-muiih yang ada.
ReplyDeleteMenarik lauk dan makanan yang disediakan..
ReplyDelete