Friday, November 3, 2023

1010: Kenduri Tahlil

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar-sedar sudah masuk bulan November.

Mak Lang ajak ke kenduri tahlil pada 10 Oktober iaitu 10.10. Memandangkan hari Selasa bukan waktu cui umum maka tidak ramai saudara-mara datang tapi jiran-jiran Mak Lang di Jelai ramai menghadirkan diri.

Kenduri bermula pukul 2 petang tapi pukul 2:30 petang baru bermula.

Uwan Di Tengah Bertudung Coklat



Uwan bertudung coklat. Waktu ini belum ramai orang. 

Tempat Letak Buku Yasin Dan Air Kosong



Tempat letak buku Yasin dan air untuk dibaca. Menjelang pukul 2:20 petang sudah ramai orang yang duduk di dalam. Jadi ada yang terpaksa duduk di luar dekat tempat makan bufet.

Tempat Bufet Di Beranda Rumah



Pukul 3 tamat dan jamuan bermula. Saya makan di beranda duduk bersila sambil menikmati cahaya matahari dan sesekali angin bertiup.

Saya mula-mula ambil bihun soto.

Bihun Soto. Tidak Nampak Bergedil Pula Padahal Ada Ambil




Spageti goreng.

Spageti Goreng. Auliya Punya Asalnya Tapi Dia Tidak Tahan Pedas



Pulut bersama sambal. Ini paling sedap. Pulut secukup lemak dan lembut. Sambal yang tidak terlalu masin dan pedas.

Pulut Bersama Sambal



Sup cendawan. 

Sup Cendawan



Ada juga kuih-muih. Ingat hendak ambil koci apabila sudah makan semua di atas tapi koci sudah habis. Ada kuih lain macam popia sira, kuih keria tapi tidak ambil.

Air pula saya cuma minum air yang diletakkan untuk bacaan Yasin. Tidak berani minum air sejuk atau cendol waktu panas terik.

Hampir Asar kami minta diri daripada Mak Lang untuk pulang.


17 comments:

  1. menarik juga cerita makan makan walaupun dalam majlis tahlil


    ada menu yang kita tidak sempat makan bermakna bukan rezeki kita

    ReplyDelete
  2. Saya pernah diksh tahu oleh orang jepang, Krn mereka selalunya sedia air dingin macam dari fridge tiap winter. Saya tanya kenapa, harusnya air hangat. Tapi dia kata jika winter minumlah air sejuk. Dan saat summer biasakan minum air hangat. Jadi tenggorokan kita tak kaget. Kalo minum yg bertentangan, nanti bisa radang. 😄. Makanya saya juga jaraaang sangat panas2 minum es. Takut tak kuat tenggorokan.

    ReplyDelete
  3. Lama sy tak dapat jemputan kenduri tahlil. Biasanya suami yg dijemput oleh jemaah surau...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki pergi jemputan kenduri dapat makan sedap2.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, selamat kenduri tahlil. Banyak juga makanan yang ada. Biasanya, pulut dengan rendang. Saya tak pernah pula cuba makan pulut kuning dengan sambal.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. majlis ilmu di samping dpt pahala dpt mengeratkan ukhwah di kalangan keluarga dan jiran-jiran jugak

    ReplyDelete
  7. seronok dpt join kenduri tahlil mcm ni tambah pulak dpt sesi makan hehe

    ReplyDelete
  8. Biasnya kalau di sini sekedar makan ringan saja, makanan berat seperti nasi dan lauknya di bawa pulang, nasi box gitu

    ReplyDelete
  9. adakah kunduri tahlil ini melibatkan kaum wanita shj? x ada foto kaum lelaki di dlm post. apa2 pun kenduri tahlil mcm ni dapat mengeratkan tali persaudaraan...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah selesai sydah kenduri tahlilnya...

    byk jg NA makan ya🤭

    ReplyDelete
  11. terliur liat pulut ketan...tapi di tempat mbul pulut tak dimakan pakai sambal kak na...dan soto bihun...ini favorit mbul sangat

    ReplyDelete
  12. Kenduri tahlil kalau di kg mesti meriah.. kdg2 siap gotong royong masak ramai2 ..

    ReplyDelete
  13. Sup cendawan 🤩 Suka jugak dtg kenduri tahlil ♥️

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Menu pun sedap sedap tu kak. Biasanya kalau kenduri banyak menu tapi kuantiti sikit sikit gitu. Ada rezeki dapat merasa, kalau yang sedap tu mesti habis awal.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Selesai sudah kendurinya..

    ReplyDelete
  16. bestnya juadah selepah kendri.. makan waktu ptg mmg esuai sgt

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.