Thursday, January 11, 2024

Pemberian: Cookie Time Apricot Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sebelum balik ke Malaysia, adik ipar perempuan ada tanya sesiapa hendak biskut Krismas. Saya cakaplah hendak perisa aprikot coklat. Adik perempuan minta sampai 4 jenis biskut.

Lepas itu lupa sampailah adik lelaki dan adik ipar perempuan balik. Kemudian mereka letak 5 bekas atas meja makan. Salah satunya saya punya. Itupun lupa minta perisa apa sebab pesanpun sebelum bulan 12.

Bekas yang cantik. Warna dominan ialah merah. 

Bahagian depan.

Christmas Cookies 2023



Bahagian atas.

Cookie Time Apricot Chocolate



Biskutnya dibungkus dalam plastik.

Isi Dalan



Saiz biskut bersaiz lebih kurang duit syiling 50 sen.

Kena Makan Lepas Itu☺



Biskutnya bukan rangup tapi kenyal. Rasanya sedap tidak terlalu manis sangat. Dominan rasa masam. Cuma tiada rasa kemewahan/pahit coklat.

Ini saya terus bawa ke bilik. Maaflah tidak kongsi. Anak-anak buah saya dapat sampai 4 bekas. Saya makan berpada-pada. Paling tinggi 3 keping. Bukan hari-hari makan. Masih ada lagi. Nasib baik bekasnya kedap udara.


24 comments:

  1. nampak sedap pula
    nnt nk tgk kat jaya grocer
    kot2 ada jual kat sana

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh nampak bisukut tu.,.. rangup2 nampaknye (tp rupanya kenyal ek :P )

    p/s : Aah sis na, anak sulung ni ibu dah buat yg terbaik, try mcm tu mcm ni sebab xpernah ade anak kan.. tp rupanya ibu membuat dia jadi stress.. maka mungkin bila salah didikannya membuatkan anak sulung jd begitu. mungkin ldy buat begitu kot pd anak lady, lady terjumpe dlm fb gambar tu.

    ReplyDelete
  3. Lawa bekasnya, boleh recycle letak barang...

    ReplyDelete
  4. Jauh datangnya biskut ni. Mesti sayang nak habiskan.

    ReplyDelete
  5. Ada masam-masam tu sedap bagi saya.
    Dah siap pek satu-satu gitu insyaAllah tak cepat lemau.

    ReplyDelete
  6. Hehe.. kalau saya pun, sembunyi dalam bilik. Tak boleh share, biskut jauh ni. :)

    ReplyDelete
  7. sedap tu dpt cookies from overseas. ya..sy pun makan manis berpada2. kena jaga kesihatan bila dah masuk 5 series ni....

    ReplyDelete
  8. Seronok juga sekali sekala dapat hadiah biskut kan hehe

    ReplyDelete
  9. mbul suka cookies yang renyah gini kak na...biasanya bikin yang ada kismisnya atau choco chip

    ReplyDelete
  10. yang penting layan dengan biskut tu

    sekarang ini banyak juga makanan yang kurang manis...

    gule mereka letak berpada-pada

    ReplyDelete
  11. Macam masa mula2 saya makan biskut famous amos dulu, memang berjimat sebab beli masa belajar. Makan benda mahal, memang kita lebih menghargai rasanya kan huhu

    ReplyDelete
  12. Bila kita sedar usia itu telah banyak kan NA...berpada2 je makan. masa muda dulu kalau boleh sebalang sehari terus settle

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Terima biskut yang sedap.. Saya jarang jumpa biskut yang kenyal-kenyal ini.. Selalunya rapuh je..

    ReplyDelete
  14. Lbh dominan rasa apricot...biskut rare...Alhamdulillah..pernah mkn biskut kenyal² ni cookies Subway..

    ReplyDelete
  15. tak jumpa laa NA kat Jaya Grocer...
    ke... kena g obersi ni
    baru bleh beli?
    hahaha

    ReplyDelete
  16. Sukaaa liat packagingnya. Biskuit pun rapi dibungkus lagi. Saya suka cookie yg chewy macam tu drpd yg crispy kak. 👍

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.