Tuesday, April 9, 2024

Aniaya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Kena hati-hati cakap atau terdetik dalam hati.

Kisahnya saya tidak mahu susahkan atau aniaya orang. Tapi ada hamba Allah ini yang buatkan saya dalam keadaan untuk menganiaya orang lain (belum lagi tapi saya nampak akan berlaku kalau saya tidak buat sesuatu). Memang saya tegur orang itu. Saya mampu berdoa supaya tidak kena masalah itu pada orang lain. Kalau berlaku memang terpaksalah saya marah pada orang itu dan elak berurusan lagi supaya peristiwa sama tidak berulang lagi. Bahaya kalau kena doa orang teraniaya ini. Jadi kena berhati-hati tidak menyusahkan atau tahap menganiaya orang lain.

P.S: Sedar-sedar sudah 29 Ramadhan. Ada juga berharap tanpa sedar untuk puasa 30 hari.

Kemaskini: 17 April dapat barang. Lega dapat masa ada di rumah. Tidak aniaya kurier sebab guna COD.




28 comments:

  1. Semoga Allah mudahkan semua urusan NA.. Dan semoga orang tu sedar dan berubah... Doa orang yang teraniaya ni xde hijab.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. rasa sayang sangat nak tinggalkan Ramadhan, begitulah setiap kali rasa bila Ramadhan bakal berakhir.. tetapi tetap gembira menyambut Aidilfitri.. sangat gembira.. hadiah dan penghargaan yang Allah bagi kepada kita untuk dinikmati bersama.. Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya Na, Maaf Zahir Dan Batin...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah NA sedar situasi yang bakal berlaku, bolehlah mengelak. Rasa kurang seronok pulak kan kalau perlu berurusan dengan orang begitu.

    ReplyDelete
  4. doa org teraniaya mustajab...smoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  5. semoga kita terhindar dari perbuatan yang tak disangka menyakiti @ menganiaya org lain..aamin2x..

    ReplyDelete
  6. Semoga yg baik² saja utk kita semua 🤲

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudah segala urusan akak...
    Mbul paling hati hati banget bercakap dengan orang lain, sebisa mungkin dengan tutur kata yang lembut atau tak menyakiti perasaan orang lain, sebab kita tak tahu hati orang yang diajak berbincang kayak mana. Karena ada tipikal orang yang biasa ngajak becanda tapi model bercandanya menyakitkan hati hehe...nah Mbul hindari hal yang seperti itu, Tapi kalau doa orang teraniaya emang mujarobah sih. Mbul pernah merasa teraniaya dengan kata kata seorang teman yang kayaknya suka bercanda tapi kelewatan, akhirnya mbul doakan aja supaya dia tuh ga kayak gitu lagi...coba saja dia yang ada di posisi mbul..apa mau dikata katain seperti yang ia kelakarkan namun kelewatan huhu

    ReplyDelete
  8. Satu Syawal menjelang tiba,
    Saudara Palestin jangan dilupa,
    Sekiranya ada silap dan dosa,
    Ampun dipinta di hari mulia.

    ReplyDelete
  9. Semoga semuanya baik baik je kak. Tiada perkara buruk atau penganiayaan berlaku.

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  10. Saya pun sebisa mungkin tak mau dekat juga dengan orang seperti itu. Kalau terpaksa, harus hati2 utk tak terlibat dengan dia, Krn sekali merasa sakit hati dengan perbuatannya, bisa2 terucap doa tak baik dari kita kan. Sebisa mungkin pun saya tak nak seperti itu.

    Btw, selamat idul Fitri untuk kak NA. Saya mohon maaf kalau ada Kata2 saya yg mungkin salah dalam berkomen yaa 🤗.

    ReplyDelete
  11. Kurang jelas akan cerita NA kali ni. Semoga tak sampailah hingga tahap aniaya orang. Jadi, dapat tak puasa 30 hari tahun ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tiada kena pada orang ke-3. Kisahnya hendak beli barang secara COD tapi hendak barang itu sampai masa kita di rumah supaya kurier itu tidak susah untuk b duit.

      Nampaknya tidak sampai 30 hari.

      Delete
  12. risau juga kalau ada teraniaya orang kan?
    moga NA baik-baik saja.. Salam Syawal NA :)

    ReplyDelete
  13. Semoga semuanya baik-baik saja ya sis....selamat hari raya.. Minal Aidin wal Faidzin 🙏

    ReplyDelete
  14. semoga orang itu dapat menerima teguran NA...semoga dipermudahkan urusan NA..

    ReplyDelete
  15. MOga Allah jauhkan akak dari sebarang kejahatan, khianat atau fitnah ye kak. Manusia gitu lah, kdg kita tak usik orang tapi orang lak yang kacau kita.
    Selamat hari raya kak, jangan lupa kongsi gambar raya ye

    ReplyDelete
  16. mohon maaf lahir batin
    selamat hari raya idul fitri

    ReplyDelete
  17. semoga dapat elak perkara yang tak baik tu.

    kadang, Allah uji kita melalui dia.

    selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  18. Semoga dijauhkan dari perbuatan khianat. Selamat hari raya NA sekeluarga, maaf zahir & batin ✨

    ReplyDelete
  19. Terjentik di hati bila Allah berikan sesuatu yg penambahbaikan.. semoga dipermudahkan semuanya .

    ReplyDelete
  20. Salam aidilfitri NA .
    Tahniah NA top Commentators mac blog CCL . Maaf lambat umum . Nanti bg detail ya
    https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/04/top-commentators-march-2024-tahniah.html

    ReplyDelete
  21. Oh, begitu ceritanya. Alhamdulillah, semua ok ya.

    ReplyDelete
  22. COD rupanya. Saya kalau guna COD dan kebetulan ada kat luar, saya akan transfer online. Tak nak susahkan kurier kena sidai.

    ReplyDelete
  23. selamat hariraya maaf zahir batin na

    ReplyDelete
  24. Orang yang teraniaya itu doanya tidak terhijab..doa mudah makhbul

    ReplyDelete
  25. sebagai seorang rider kurier, orang macam nilah yang kami perlukan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.