Wednesday, August 13, 2025

Borong Kurma Madu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

25 Julai dan 1 Ogos 2025. Setelah 2 bulan makan kurma biasa maka hati meronta-ronta kata mesti cari kurma madu.

Rutin makan ketika berbuka atau sebelum sarapan pagi.

Ketika ini susah jumpa kurma madu di pasaraya Mydin dan kedai lain mungkin sebab bukan bulan puasa. Ada madu biasa sahaja.

Jadi masa balik kampung pada 25 Julai (Jumaat), singgah bandar Tampin dan pergi kedai jual buku agama. Alhamdulillah ada. Rezeki harga sekotak RM12 tapi beli 3 kotak jadi RM30. Jatuh RM10/kotak.

Kurma Madu Darussalam RM10 Sekotak



 
Lepas itu 1 Ogos (Jumaat, ya suka beli waktu ini, jangan tanya mengapa 😅), lepas beli-belah di Mydin MITC, saya mengadu pada Abah kedai depan Mydin iaitu Ya Salam Belweel tiada stok kurma madu.

Jadi Abah bawa 1 kedai lain yang macam ala belweel di sekitar depan MITC. 

Kurma Green Diamond RM6 Sekotak



Alhamdulillah. Inipun dapat murah 2 kotak RM12. Jadi RM6 sekotak. Borong terus 4 kotak. 

Pandangan Tepi Kotak Kurma Green Diamond



Ikut hendak beli banyak-banyak tapi takut cepat rosak pula. Kena simpan yang belum buka dalam peti sejuk.

Ok pencarian berakhir untuk kali ini.

P.S: Dah kotak ke-2. Memang kerap makan. Kira waktu perut kosong makan ini dahulu.

4 comments:

  1. Kurma madu sedap. Saya pun suka. Banyak kotak tu, NA buat stok.

    ReplyDelete
  2. Banyak tu kak Wina borong buah kurma buat stok. Makan kurma hari-hari bagus. Kurma madu ni lembut tapi agak manis pada saya. Suka kurma ajwa lagi. Beli online di TT ada yang murah juga.

    ReplyDelete
  3. Bagus sungguh amal buah kurma...saya rasa terpengaruh pulak...sebab madu adalah makanan sunnah Rasullulah

    ReplyDelete
  4. Bagus NA amal makan kurma selalu ... Sy sejak sakit gigi bulan puasa hari tu jarang makan kurma.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.