Wednesday, October 1, 2025

Doa Mohon Kebaikan Dan Menjauhi Keburukan Dunia Dan Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tq Ustazah Hafizah Musa kongsi doa ini ketika saya tengah menghadapi kekalutan. Semoga ia memberi kekuatan kepada saya.

"Ya Allah aku mohon seluruh kebaikan. Yang lambat, yang cepat. Yang aku tahu, yang aku tidak tahu. 
Ya Allah aku berlindung seluruh keburukan. Yang lambat, yang cepat. Yang aku tahu, yang aku tidak tahu.
Ya Allah, aku mohon segala yang dipohon oleh Nabimu, Muhammad S.A.W. dan aku berlindung daripada segala Nabimu memohon perlindungan.
Ya Allah aku mohon syurga dan aku mohon didekatkan segala perkataan dan amalan yang mendekatkan aku kepada syurga.
Dan aku mohon berlindung daripada neraka dan aku mohon dijauhkan segala perkataan dan amalan yang menjerumuskan aku dalam neraka.
Ya Allah jadikanlah ketentuan takdirMu ke atas aku sebagai baik-baik belaka."

Harap Oktober bulan diberi jalan keluar. Amin.

P.S: Jangan lupakan kesejahteraan Global Sumud Flotilla 

11 comments:

  1. Semuga Allah mempemudahkan urusan NA.

    ReplyDelete
  2. Aminn... terima kasih, NA, atas perkongsian doa. Semoga yang baik-baik untuk NA di bulan Oktober.

    ReplyDelete
  3. Aamin 🤲🏻
    Terima kasih kongsi. Semoga diberi kemudahan utk NA dlm setiap urusan

    ReplyDelete
  4. Aameen YRA 🤲🏻 Semoga dipermudahkan urusan kita semua terutama penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza oleh Global Sumud Flotilla.

    ReplyDelete
  5. tq for sharing..smoga kita sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
  6. Aaminnn YRA. Terima kasih sebab kongsi juga. Sama-sama kita kuat menempuhi asam garam kehidupan, okay?

    ReplyDelete
  7. Semoga makbul apa yg kak pinta dalam doa yaa ☺️. Saya pun berharap Oktober akan menjadi bulan yg baik

    ReplyDelete
  8. Aaminnn... semoga segala kesulitan akak dipermudahkan Allah. Terima kasih juga share dalam blog

    ReplyDelete
  9. Aamiin, semoga segala kekusutan terlerai dan menjana bahagia..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak Wina kongsikan doanya. Semoga segala permasalahan kita menemui penyelesaiannya. Aamiinn...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.