Sunday, November 9, 2025

Pulut Kuning Daripada Jiran Sebelah Pembinaan Rumah Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada hikmah juga saya tidak balik kampung ke Tampin ikut Emak dan Abah. Tadi masa saya angkat baju tepi rumah ada dengar bunyi kereta hon. Saya abaikan. Kemudian keluar semula untuk kunci pintu tepi dengar orang bagi salam disamping gangguan bunyi kucing mengiau.

Saya ke depan, buka pintu rumah (rumah saya banyak pintu untuk keluar dari rumah, 5 pintu) tengok ada orang depan pagar pegang sesuatu. Ingatkan orang kurier, haha rupanya jiran sebelah rumah yang dalam pembinaan. Saya panggil sebelah rumah bising sebab tengah bising dengan pembinaan. 

Saya minta maaf sebab lambat keluar. Saya nampak bungkusan itu ada nama Abah saya, saya cakap Abah belum balik dari kampung dan saya tanya apa itu (selamba tanya isi kandungan) . Jiran itu cakap pulut kuning sempena harijadi, isteri yang buat. Ucap terima kasih.

Pulut Kuning Dan Rendang Ayam



Alhamdulillah atas pemberian. Maaflah saya tidak kenal sangat jiran-jiran saya ini. Ada saya kenal tapi hujung jalan setentang. Sebenarnya jiran ini kira baru 2-3 tahun tinggal sini. Sini sebenarnya buat rumah. Macam saya tulis sebelah rumah tengah pembinaan rumah. Maknanya saya akan ada jiran baru. Jiran depan saya pula baru 4-5 bulan masuk, sebelum itu orangnya sudah pindah.

Korang macam mana, kenal semua jiran ke?😅

 

14 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki.
    Kejiranan kami alhamdulillah saling mengenali esp yang selorong dan yg belakang² rumah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki jiran nak mengenali jirannya

    ReplyDelete
  3. Kenal muka..tak kenal nama..hihi..dari dulu gitu...jenuh lah..

    ReplyDelete
  4. Saya duduk kawasan perumahan. Sederet 11 buah rumah dan beberapa rumah lagi di deret atas dan bawah saya kenal cuma tak biasa berbual. Kami enam daripada sederet 11 rumah ni mesra juga selalu berkumpul dan makan-makan. Jiran saya rajin masak dan ajak kami makan di kebuh depan rumah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, jiran bagi pulut kuning dan rendang ayam.
    Saya jiran pun tak ada, kiri kanan rumah kosong. Jiran depan pula sentiasa sibuk, keluar masuk keluar masuk rumah. Jadi, tak kenal pun.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat pulut Kuning. Semoga dilimpahkan rezeki buat si pemberi. Aamin! Kawasan perjiranan yang dulu memang mostly kenal sebab Dari kecik sampai habis sekolah duduk sana..tak ramai yang rajin beeoindah randa .m

    ReplyDelete
  7. Bagus ni style dulu-dulu, kalau sambut hari istimewa akan buat pulut kuning atau bubur merah Jawa, lepas tu bagi jiran.

    Setakat ni kat mana saya duduk, saya kenal jiran berdekatan kecuali masa di Penang jenis rumah kondo setakat senyum je bila ternampak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, rezeki .. jiran yang baik insyaAllah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki dapat pulut kuning jiran baru bagi. Lepas ni tak sunyi sebab dah ada jiran. Saya pun kenal jiran kiri kanan je. Jiran depan dan lain-lain tak kenal lansung. Cuma kalau nampak tu senyum je lah.

    ReplyDelete
  10. I live in a 6th floor apartment and I am very grateful 🙏 to have good neighbours.
    Thank you for sharing. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    ReplyDelete
  11. Rezeki
    Kenal jiran2 terdekqt depan blkg kiri kanan he hee say hi je bila terserempak

    ReplyDelete
  12. untungla zaman skrg sibuk tp dpt kenal jiran sblh ., hehe

    ReplyDelete
  13. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa😍😍

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.