Wednesday, June 17, 2026

13 Jun 2926: Menghadiri Majlis Perkahwinan Di Damai Hill Chalet, Paya Rumput Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

1 Muharam hari ini. Buat apa korang? Saya lepak rumah tolong masak ikan cencaru sumbat sebab Emak sakit perut.

Oklah hendak cerita kenduri kahwin yang saya hadiri pada hari Sabtu lepas. Emak bagitahu saat-saat akhir ketika saya hendak sarapan pagi bahawa kita akan bertolak pukul 10: 30 pagi ke Paya Rumput. Gembiralah saya, makan lempeng seketul dan tidak buat air manis sebab tahu kenduri kahwin akan berlambak makanan atau air manis. Awal juga saya sarapan pukul 7:30 lebih. Banyak masa untuk bersiap.

Pukul 10:30 pagi saya dah bersiap dan turun bawah tapi tengok Emak dan Abah belum siap. Tenang-tenang siap minum air masak banyak-banyak.

Kawasan Damai Hill Chalet ialah kawasan kampung masuk ke dalam dengan jalan cukup satu kereta. Jadi kena hati-hati apabila berselisih drngan kereta lain. Sampai ke hujung nampaklah seperti padang untuk letak kereta manakala khemahnya kena mendaki bukit. Kus semangat. Sampai suni pukul 11:26 pagi.

Tempat Letak Kereta


Tempat Letak Kereta Tepi



Sampai atas bukit itu kami disapa tuan/puan majlis dalam khemah cenderamata. Bertentangan khemah cenderamata ada khemah mi rebus dan kopi/matcha strawberi. Orang sudah ramai beratur di stesen kopi.

Khemah Cenderamata



Nampak kain rentang wajah pengantin perempuan dan lelaki.

Kain Rentang: Syafiq & Fatin



Terus ambil makanan. Alhamdulillah bahagian sini belum ramai beratur.

Lepas ambil makanan dan air dan dapat tempat rasa hendak buang air kecil. Cari sekeliling tidak nampak. Tanya salah seorang budak katerer rupanya di sebelah bangunan kena naik tangga yang meninggi ke atas. 

Pinggan Saya

Nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, perut dan rebung masak lemak cili api, ulam timun dan sambal velacan.

Dah habis makan, saya beratur untuk ambil matcha strawberi. Ya Allah lama beratur. Ada dalam 30 minit. Akhirnya dapat. Nasib baik ia bertutup. Saya bawa balik ke tempat meja saya, Abah kata hendak balik. Haha harapan lupa ambil koci jadi makan apam balik rangup yang Abah ambil awal-awal dan habiskan teh tarik. Air matcha strawberi bawa balik.

Ini buah tangan saya dapat.

Cenderamata


Isi Dalam: Cawan Plastik & Air Coklat Aik Chong



Air matcha strawberi saya simpan dalam peti sejuk. Esoknya baru minum, panaskan dalam ketuhar gelombang mikro. Rasa oklah boleh diterima tekak. Bolehlah minum lagi kalau jumpa.


Matcha Strawberi



Tapi adik saya cakap dia buat lagi sedap. Oklah minta pada adik kalau hendak minum lagi.

Air coklat Aik Chong itu sedap. Bolehlah belikan kalau stok air coklat saya sudah habis.

Jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.