Monday, February 10, 2014

Julia And I


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ingat tak saya pernah ceritakan tentang pemandu pelancong kami ketika di St. Petersburg? Inilah rupa dia seperti di bawah.

Dia ni jenis pemerhati yang teliti juga. Satu hari ketika kami dah puas jalan-jalan di istana (banyak istana kami pergi), abah dan emak pergi tandas. Jadi saya dan Julia ni tunggu di luar. Dia perhati je. Lepas tu tanya pada kerongsang biru saya. "Is this an amulet?" 

Saya macam terkedu jugalah. Saya tanya "what is an amulet?" (sebenarnya saya tahu tapi saja nak tanya). Lepas tu saya cakap tak. Ini cuma kerongsang/pin tudung. Memang saya selalu pakai. Dia puji cantik. Saya cakaplah mak beri. Dia tak tahu betapa sayang saya dengan pin tu. Pernah hilang seketika. Nasib baik jumpa dalam kereta.

Saya tanya dia ada tangkal ke? Lepas tu dia cakap nenek tunang dia ada beri. Saya cakap nak tengok. Tapi takdelah tangkal yang tulis mantera ok atau lambang agama. Cuma sehelai kertas berisi nasihat yang dia bawa ketika peperiksaan. Saya baca dan Julia alihbahasa tulisan tu dalam Bahasa Inggeris.

Abah datang dan terdengar perbualan kami. Abah cakap kami orang Islam tak percaya tangkal. Kami cuma tadah tangan dan berdoa. Abah tunjuk isyarat berdoa.

Hehe kadang-kadang saya macam abah, selitkan pengetahuan tentang Islam. Ini tak saya pergi tanya tangkal dia macam mana. Entah kadang-kadang lurus bendul saya ni. Nasib baik la dia tak keluar salib ke apa kan? Macam dia sehelai kertas yang nenek tunang dia beri dan saya pula kerongsang/pin tudung emak bagi. Mungkin itu maksud dia tangkal kut.


Saya Dan Julia





Sampai Di St. Petersburg, Minta Julia Hantar Kami Ke Masjid






Gambar Tsar Di Salah Satu Istana



 

7 comments:

  1. assalamualaikum wina...lama x singgah sini apa kabar wina skg...:)

    ReplyDelete
  2. wah 1st time akak bubuh gambar akak :D

    btw org cina / india (setengah dr mereka) lagi kuat percaya tangkal ni huhu

    ReplyDelete
  3. Eh, kawan saya ada study kat st petersburg laaa

    ReplyDelete
  4. mana sambungan cerita yang satu lagi?

    ReplyDelete
  5. @Mama Maszull: Sihat alhamdulillah.

    @Schaze: Ada letak gambar tapi jarang.
    Tulah ada orang kuat percaya dengan tangkal ni.

    @Miss Boo: Semoga tercapai hasrat.

    @Teena: Adik sis kat Volgo tapi dah grad :)

    @Kak Nor Azimah: Cerita yang mana eh?

    -wina1979-

    ReplyDelete
  6. tak sangka diorang pun ada tangkal tangkal ni. hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.