Tuesday, March 17, 2020

Review: Whittaker's West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya saya telah mencuba coklat pertama dalam siri New Zealand Artisan Collection. Saya cuba perisa ini dahulu kerana jumlah koko paling rendah. Jadi saya akan cuba rasa koko yang paling rendah hinggalah paling tinggi.


Whittaker's Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit
Whittaker's West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit


Kategori: coklat putih, jumlah koko: 28%, barisan: 11. Berat 100 gram

Slogan(Whittaker's janji macam depan tulisan: Crunchy, spiced gingerbread biscuit pieces in caramelised white chocolate with the creamy richness of buttermilk produced in lush West Coast pastures.


Bahagian hadapan beserta slogan


Jadi tanggapan awal berdasarkan tulisan ialah biskut halia tu rangup, rasa rempah tu mesti kuat rasanya. Coklat putih tu mesti ada rasa karamel. Sangat berkrim dengan mentega susu.


Bahagian belakang dengan pelekat 'OPEN HERE' bahagian atas


Ok mari cuba. Sama tak? Pusing belakang. Koyak pada tulisan 'OPEN HERE' di bahagian atas.


Koyak di sini


Masa untuk merasa. Ada rasa manis, rangup, rasa rempah dan halia tak kuat sangat. Mentega susu tak rasa berkrim yang kuat (maksud tak terlalu masam)



10 kotak besar. Coklat putih dengan bintik(cebisan biskut)


Selepas makan: Jangkaan saya turun sedikit. Positif: Saya suka rasa rangup, ada rasa karamel (rasa coklat putih disalai). Kontra: Saya harap rasa rempah dan halia yang lebih kuat, susu mentega lebih masam supaya coklat tak rasa terlalu manis. 


Belakang coklat. Tompok merah hati



Apapun sedap. Bagi yang tak suka rasa halia yang kuat boleh makan. Saya bagi 7/10 markah.



14 comments:

  1. Huh dia punya nama panjang berjela...
    Kecur nengoknya..

    ReplyDelete
  2. Gambar dah nampak menggoda, skali ada halia haha
    Sapa yang minat gingerbread or anything with ginger, mesti suka coklat ni.

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam
    Berbelit lidah nak menyebutnya.

    ReplyDelete
  4. Coklat rasa rempah ..., Hmm itu sangat enak menurutku.

    Perpaduan antara rasa khas vokelat ditambah aroma rempah, jadi unik.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya coklat, besar pulak tu, baru puas makan hihi

    ReplyDelete
  6. sedap tu white coklat dengan ada caramel. rasa halia tu kena cuba dululah. kalau kuat sangat mmg tak termakan. ikut level masing-maasing gitu kan.

    ReplyDelete
  7. huurm boleh try yang ni next..
    tinggi jugak tu rating hehe..

    ReplyDelete
  8. Kalau coklat, saya suka yg koko..hihi..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Hehe dah habis. Dah habis, review coklat lain pula.

      Delete
  10. Aiseh nama tak seindah rupa ye. Menarik review. Teruskan ye

    ReplyDelete
  11. Macam-macam coklat ada ye. Camanalah agaknya, coklat ada halia.
    Saya nampak alas meja cross stitch di belakang. Cantik. :)

    ReplyDelete
  12. wah gabungan yg menarik. tak pernah terfikir ada coklat hasil gabungan rempah, halia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.