Sunday, June 21, 2020

Review: Nasi Lemak 7 Benua Di Dhuha Cafe, Bukit Beruang Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi mak mesej beritahu nak sarapan di luar pagi esok. Bertolak awal pukul 7 pagi sebab tidak mahu makan ketika ramai orang. Dhuha Cafe buka pukul 8 jadi kami singgah stesen minyak untuk cari suratkhabar. Suratkhabar belum sampai jadi kami ke 7E pula. Hampa. Tiada juga. Jadi kami ke kawasan Bukit Beruang.

Abah tak jumpa kedai yang dicari maka abah telefon tuan punya kedai. Kedai ni baru buka di kawasan ini. Cara mudah waze Krimpaf Buntat yang dah popular. Dhuha Cafe ni terletak sebelah kedai Krimpaf Buntat.

Setelah sampai, tuan punya kedai masih belum buka kedai sepenuhnya. Belum pukul 8 pagi. Hujan turun renyai-renyai. Sementara itu kami duduk di kerusi. Masa yang ada saya ambil gambar kain rentang. Maklumat seperti alamat ada di sini.

Kain Rentang Dhuha Cafe


Mula-mula pesan air. Air saya kopi o panas sama macam abah. Emak pula teh tarik. Kami sepakat mahu mencuba nasi lemak 7 benua. Secara asasnya terdapat 7 jenis nasi yang dibentuk bebola seperti saiz skop aiskrim. Ada sambal, telur rebus separuh dan timun. Tuan punya kedai lupa letak ikan bilis dan kacang goreng. Boleh minta tambahan. Saya minta daging masak hitam, emak sambal udang dan abah ayam berempah.


Nasi Lemak 7 Benua Dhuha Cafe
Nasi Lemak 7 Benua Dengan Daging Masak Hitam(Tengah)


Ikut jam.
Hijau- nasi lemak pandan
Merah jambu- nasi lemak buah naga
Kuning- nasi lemak beriani
Coklat- nasi lemak kacang hitam
Putih kuning- nasi lemak jagung
Merah jambu cair- nasi  lemak herba
Putih coklat- nasi lemak beserta kekacang 

Harga nasi lemak 7 Benua biasa- RM4. Berpatutan memandangkan kita dapat 7 jenis nasi lemak.

Penilaian saya. Saya suka nasi herba, nasi jagung dan kekacang serta kacang hitam. Lain-lain saya rasa biasa. Daging masak hitam memang berasa cuma daging ada yang liat sedikit. Keseluruhan sedap. Saya bagi 8/10.

Ada tapau 2 lagi nasi lemak beserta daging masak hitam dan ayam goreng berempah. Jadi 5 nasi lemak dan 3 cawan air. Jumlah RM38. Sesiapa nak singgah rasa nasi lemak 7 Benua bolehlah waze alamat ini:

No 2 Arked MARA,
Taman Rumah Awam,
Bukit Beruang,
Melaka.
No tel: 019 666 4993

Lepas itu bergambar dengan tuan punya kedai.  Lepas kami keluar, ada orang lain sudah memasuki kedai ini. Memang suka jadi orang pertama datang. Kemudian singgah kedai sebelah beli Krimpaf Buntat sebab belum pernah rasa. Nanti buat penilaian krimpaf pula.

Selamat berhujung minggu. 


50 comments:

  1. Perlu ada kelainan untuk menarik pelanggan.

    ReplyDelete
  2. ingat dekat KL
    rupanya melaka
    tak dapat nak try
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni..macam2 nasi ada dalam satu pinggan.

    ReplyDelete
  4. pernah mkn yg di Penang..

    nasi buah naga tu yg unik..

    ReplyDelete
  5. NA, sikit sangat gambarnya. tak puas nak perati nasi tu. nanti pegi makan sana ambik gambar banyak2 ye.

    ReplyDelete
  6. cawangan yang dekat penang tu ke NA ?

    ReplyDelete
  7. Sedapnye... Dah lama tak gi melaka...
    tuliskini.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. tak pernah try makan.. Nanti nak cuba la. Kat penang pun ada ..

    ReplyDelete
  9. I follow you number 279 , would you like to follow back?

    https://fashionisbiglove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  11. Selamat pagi saya mulai mengikuti blog Anda. Saya pengikut nomor 280. Saya ingin Anda juga mengikuti pengikut saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena belajar guna Google translator. Terima kasih. Saya dah ikuti balik blog kamu. Muchos gracias.

      Delete
  12. Replies
    1. Ya buat bebola kecil saiz skip aiskrim.

      Delete
  13. I love this post, I follow you on gfc # 281 , follow back?

    https://lovefashionyes.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. kreatif ny...ummi 1st time dgr nasi lemak 7 benua .. area shah alam agak2 ade ke x..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sda di Shah Alam tapi di sana ada makanan dan kedai yang saya hendak pergi.

      Delete
  15. Nama kedainya unik sekali
    Dan bentuk nasi yang dihidangkan juga menarik
    Saya jadi ingin mencoba nya seberapa lezat dan nikmatnya

    ReplyDelete
  16. Pagi ni sarapan Nasi Lemak 7Benua..klu nak makan kena pi Bayan Lepas Pulau Pinang yg ada jual...jauh tu. Tapi sekarang dah ade di Arked MARA Bukit Beruang Melaka. 10 meter Belakang EON JJ Bukit Baru.

    Ape itu Nasi Lemak 7Benua? terdiri dari:

    1. Nasi Lemak Jagung
    2. Nasi Lemak Bunga Talang
    3.Nasi Lemak Kekacang
    4. Nasi Lemak Pultam
    5. Nasi Lemak Halba/Nasi Dagang Ganu
    6. Nasi Lemak Arabic
    7. Nasi Lemak Tomato
    Nasi Lemak Pandan
    Nasi Lemak Red Dragon
    Lauk ayam goreng berempah...

    Klu nak masak sendiri pun, puas keliling 7 Benua, gurau je.. periuk pun dah 7 buah kena sediakan... allahu akbar letih tau, baik beli je baru rm 4.00 terasa kenyang sampai ke malam...klu nak lauk tambahlah sikit bajet lagi..janji makan puas..

    Dhuhacafe menggunakan rempah ratus, buah2an, bunga, jika tidak terdapat buah2 atau bunga, diluar musim akan di ganti yg sewaktu denganya.

    #NasiLemak7Benua
    #DhuhaCafe

    ReplyDelete
  17. Wowww...nampak sedap...teringin nak mencuba nanti

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,

    Waah, special menu. Saya pernah tengok org viral pasal menu ni, cuma sendiri tak pernah rasa lagi. Apa pun, tq share jenis2 7 benua tu... boleh agak je rasanya mcm mana. heheh

    ReplyDelete
  19. Teringat pulak Cinta Antara Benua. hehehe

    ReplyDelete
  20. ni yg rs nk try skrg juga hahaha

    ReplyDelete
  21. Oh..7 jenis nasi ya...makan kena satu2 ke awak gaul semua sekali hadap? tak pernah lagi rasa nasi 7 benua campur2 ni..

    ReplyDelete
  22. comel betul nasi lemaknya, warna warni pulak tu. pernah nampak versi bulat2 mcm ni, tapi yang tu perisa biasa je

    ReplyDelete
  23. tk pernh mkn lg nasi 7 benua..slalu juga tgk kwn2 share

    ReplyDelete
  24. Seronoknya ye NA dapat ikut mak ayah makan makan.
    Ohhh gitu rupanya nasi 7 benua..... comel comel benuanya ek hihi...
    Lama tak makan nasi lemak... kalau hakak suka nasi lemak ngan paru NA

    ReplyDelete
  25. Baru sembang pasal nak datang Melaka lagi. Tuptup jumpa entry ni. Mesti cuba ni!

    ReplyDelete
  26. Unik... Tapi cukup ke... Macam ciput je nasi lemak 7 benua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga apabila 7 skup aiskrim tu jadi 1 mangkuk setengah.

      Delete
  27. Pernah dengar orang cerita pasal nasi 7 benua ni. Tapi belum ada rezeki nk merasa. Kat puchong ni tak pernah jumpa lagi NA.

    Ouh 1 scoop 1 warna tu mewakili satu perisa/rasa ya. Unik

    ReplyDelete
  28. kalau pergi Penang jangan lupa cuba yang diPenang punya pula. comel2 kan nasi2 tu geram. n choices lauk2 kena ngam baru paduu..

    ReplyDelete
  29. wah melaka pun ada nasi 7 benua ni ye. dulu nak makak kat penang tapi tak ada rezeki nak singgah. boleh cuba yg kat melaka ni. harga pun macam murah juga tu.

    ReplyDelete
  30. Kt melaka pun dh ada nasi 7 benua.. di penang hidangan lauk pelbagai

    ReplyDelete
  31. betul-betul unik la makanan begini kerana boleh mengabungkan banyak tempat..

    mesti sedap kan

    ReplyDelete
  32. Wow, 1st time dengar nasi lemak 7 benua. sangat unik kak. siap ada warna warni lagi nasi lemak tu. nice info kak. huhu

    ReplyDelete
  33. saya pernah makan yg di penang saja..sama branch ke ni?wahh melaka lagi dekat..nak pi laaa

    ReplyDelete
  34. pernah makan di penang je..tak tahu pula melaka ada..lagi dekat di melaka..wahhh nak pegi laaa

    ReplyDelete
  35. Wow, 7 jenis nasi lemak. Lengkap sarapan. Harga pun berpatutan, ye.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.