Saturday, July 18, 2020

Rutin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Semoga gembira dan sihat.

Sejak PKPP, rutin kami banyak mencuba atau makan di kedai. Selain itu rajin bawa Uwan makan di luar biasanya untuk bersarapan kemudian lepak di rumah Uwan untuk masak tengahari kemudian selepas solat Zohor balik ke rumah.

Ada juga bawa Uwan untuk makan malam kalau kami sampai rumah Uwan selepas Zohor. Mak sebenarnya nak makan yong tau fu di satu kedai di Tampin tapi tutup pula. Kedai tomyam pun banyak yang tutup sebab tukang masak Thailand pun tidak dapat datang sini. Ada satu kedai jual masakan tomyam tapi tukang masak orang tempatan tetapi emak kata masakan rasa macam tidak sampai.  Tempat kami selalu makan iaitu tempat emak kutip sewa kedai pun tidak buka. Rasanya tempat itu paling sedap ikut tekak saya.

Minggu depan emak hendak ke 'Laman Hijau' untuk bersarapan. Agaknya sudah bersusun tempat makan difikirkan emak dan abah. Apapun saya hargai masa ini bersama ibubapa dan Uwan. Saya rasa emak dan abah tebus waktu untuk tidak dapat melancong. Apapun setiap perkara ada hikmah.Fikir yang baik.

Ok jumpa lagi.

50 comments:

  1. Selamat berjalan2, dan stay safe ya :)

    ReplyDelete
  2. Samalah dengan aku. hahah. Tapi ada kedai yang aku suka makan dulu. tutup sudah. sedih.

    ReplyDelete
  3. Kedai makan Thailand memang banyak tutup di Seremban juga.
    Rindu nak makan di restoran Tom Yam.

    ReplyDelete
  4. Enjoy the moment bersama ibubapa & Uwan..bahagia rasa dlm hati tengok mereka gembira..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam..seronoknya jalan2 cari makan..

    ReplyDelete
  6. mak saya suka breakfast diluar juga
    malas nak prepare dirumah sbb berdua saja.. tapi kita ni kadang2 liat
    haaaaa nak keluar pepagi hehe..

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat berhujung minggu dgn orang-orang tersayang :)

    ReplyDelete
  8. kecewa bila tak dapat apa yang diingini...

    ReplyDelete
  9. selamat 'mencuci mata' dan stay safe ya...

    ReplyDelete
  10. Kalau masakan thai memang kena orang thai jugak yang masak. Baru sedap. kalau orang tempatan masak, terus tak rasa Thai . Tak tahu la pasaipa. Diaorang kurangkan bahan kot.

    Sebab masakan thai ni guna limau banyak, serai banyak.. tu yang buat sedap..

    ReplyDelete
  11. memang banyak kedai dah tutup kan. mudah-mudahan lepas pkpp ni ada yang buka semula

    ReplyDelete
  12. selamat jalan jalan cari makan. mostly banyak kedai makan yang dah tak bukak sejak pkp ni. mungkin lebih fokus pada online.

    ReplyDelete
  13. Wah asek banget ya bisa jalan-jalan terus
    Suatu hal yang sangat menyenangkan pastinya

    ReplyDelete
  14. Awww so sweet ^_^ memang betul, walaupon nampak macam benda ni buruk, tapi ada juga kebaikan dia. kita dpt luang masa dengan keluarga.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Nama kafe Laman Hibau di Tampin Negeri Sembilan. Baru berkesempatan ke sana.

      Delete
  16. Uwan umur bape NA.... masih muda ye....kuat lagi makan di kedai tu.
    Yelah kan NA, sementara masih ada ni, berbaktilah kepada org tua selagi boleh.

    ReplyDelete
  17. lama tak keluar makan2 ye NA sekarang lah masanya, apapun jaga diri baik2 ye patuhi SOP semoga kita semua terlindung dari segala keburukan, aamiin

    ReplyDelete
  18. Dapat bersama keluarga adalah peluang yang amat beharga👍👍😍

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Rasa berpatutan.
      Sebenarnya abah yang bayar.

      Delete
  20. Jalan-jalan cari makan. Best tu..

    ReplyDelete
  21. Selamat berjalan-jalan dan jaga diri yaa. Jangan lupa pakai facemask hehe ^^ #KitaJagaKita

    Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    ReplyDelete
  22. dah jrg makan kedai slps PKP ni. di sek pun bungkus di kantin n makan dlm bilik guru....

    ReplyDelete
  23. Singkatan dari pkpp itu apa ya cik? Kalau di Indonesia mungkin Psbb

    ReplyDelete
  24. Akhirnya menemukan kedai Thailand dengan koki asal sana tidak, kak :) ?.
    Gimana kalau mencoba memasak TomYam sendiri ? , hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jumpa lagi.
      Sudah cuba buat. Bolehlah rasanya. Hehe.

      Delete
  25. Nanti akak amik gambar sos labu tu dan buat entri mengenainya

    ReplyDelete
  26. tuan blog dah cuti raya haji ke ni? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum. Ingat nak tulis pos baru nanti. Insya Allah. Terima kasih Anies kerana singgah.

      Delete
  27. Jalan-jalan cari makan memang seronok cuma sekarang ni seat sangat limited untuk satu-satu kedai tu.

    ReplyDelete
  28. Hargai masa bersama keluarga... Seronok kan bila keluar bersama mereka walaupun cuma keluar makan2...

    Time pkpp ni memang tengok banyak kedai tutup. Tidak kiralah kedai dalam mall mahupun gerai tepi jalan.

    ReplyDelete
  29. Cikbunga balas kunjungan 🌹🌹
    Salan Aidiladha in advance 🌹🌹

    ReplyDelete
  30. Seronok jalan2 sama mak ayah kan. Mommy dah lama tak pergi jalan sama, since ayah kurang sihat dan tak dapat nak berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok. Akan dikenang. Hargai masa bersama dan bersyukur.
      Harap-harap dapat dikekalkan.

      Delete
  31. Bahagia kalau dapat membahagiakan orang tua.

    ReplyDelete
  32. Waktu inilah kita dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang... best baca entry NA... dapat luangkan masa bersama keluarga 😊

    ReplyDelete
  33. there must be a good reason for something to happened kan. i always believe that. Semoga sis dan keluarga baik2 saja ^^

    ReplyDelete
  34. Sejak pkp ni susah nk dpt makan di kedai2 biasa terutama kedai thai sbb chef tak dpt balik ke malaysia

    ReplyDelete
  35. jalan jalan cari makan kak. best tu. huhu

    ReplyDelete
  36. Baguslah NA, spend time dengan orang tua kita, selagi dia orang masih ada.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.