Sunday, August 30, 2020

Beli Murah Cadbury Dairy Milk Bar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat bercuti dan berhujung minggu. Hidup sentiasa berubah dan kadang-kadang kebiasaan biasa dan perkara selalu dilakukan tidak dapat dilakukan.

Dahulu waktu saya belajar di universiti selalu juga beli coklat bar Cadbury Dairy Milk Fruit and Nut, kudapan untuk makan. Harga dahulu bawah RM5 untuk 200 gram. Jadi sekarang dapat beli sekali-sekala. 

Jadi peluang diperoleh ketika Mydin buat jualan murah sehingga 31 Ogos. 


Cadbury Dairy Milk Fruit And Nut


Satu bar RM5.50 165 gram walaupun tidaklah murah sangat. Ambil sekali 12. Sekarang citarasa saya lebih pada kekacang. Jadi 5 bar hazelnut, 5 bar roast almond dan 2 bar fruit and nut.

Tunggu lagi kalau ada jualan murah. Harap ada lagi murah. Boleh beli banyak-banyak buat  kudapan.


38 comments:

  1. Cadbury memang sedap kan, tak sama dengan coklat cap lain.

    ReplyDelete
  2. Suka gak jenis ada kekacang. Kalau jenis coklat sahaja lambat nak habis makan. Banyak borong tu kak. Masa sale lah beli lebih sikit buat stok. Untung pun untung kan.

    ReplyDelete
  3. Suka coklat yg ada kacang2..rasa lemak coklat & kacang berpadu..brand cadbury ni dh lama ada dlm pasaran..

    ReplyDelete
  4. Coklat Cadbury memang sedap kan, buat kuih tart pun boleh..jadi la tart Cadbury 😆👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah boleh buat tart tapi rasa baik guna coklat masakan.

      Delete
  5. Suka coklat cadbury yg ada kacang..letak dalam peti ais makan sejuk2 sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak suka sejuk sebab susah hendak patahkan.

      Delete
  6. cadbury kegemaran dana , cadbury blackforesh... suka dengan campuran rasa dalam coklat tu...
    kekacang pun memang all time favourite... cuma sejak dah tua ni jarang-jarang beli cadbury sesekali bila teringin baru beli itu pun kadang berebut dengan aiyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira saya pun sudah jarang beli. Kalau dahulu memang tiap-tiap hari beli. Cuma dahulu beli satu bar sehari tapi hari-hari.

      Delete
  7. Akak suka yg ada kekacang dlm tu...ngap..ngap...

    ReplyDelete
  8. murah juga nie..

    cokelat bagus untuk dimakan sebagai kudapan sekiranya belum proses diet..

    ReplyDelete
  9. Ialah kalau harga biasa memang berkira-kira sangat nak membeli.
    Bila murah haruslah kita grabbed membeli gittewww...
    Samalah citarasa NA dengan Mrs. A suka hazelnut, roasted almond dan jugak fruit and nut.

    ReplyDelete
  10. woww ni mmg peminat cadbury ni..banyak beli..AD klo cadbury suka yg bubble tu je..yang lain x gemar..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubble tidak pernah cuba lagi.
      Selera semua berbeza.

      Delete
  11. Anak-anak akak pun kalau keluar je mesti balik nak singgah kedai beli cudbury. Tapi diaorang suka coklat susu je. tak suka yang ada kacang.

    ReplyDelete
  12. Memang puas memborong tu NA 😀

    Masa zaman belajar dulu biasanya akak beli Vochelle, pengganti Cadbury la kiranya. lebih murah kan,..haha
    Sekarang biasa beli brand keluaran Aeon, coklat bulat dalam botol plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ini macam susah hendak jumpa jenama Vochelle dan Van Hauten. Coklat-coklat ini sedap juga. Hehe.

      Delete
  13. Akk suka juga coklat..tapi selalu beli coklat Ikhwan je.

    ReplyDelete
  14. Kak Feni pun suka makan coklat cadbury ni. Rasa dia memang best sangat dan kena dengan tekak. Just nice orang kata.

    ReplyDelete
  15. uiiii banyaknyaaaaa... utk sy x ada ke? ;-)

    ReplyDelete
  16. p/s jgn lupa check expired coklat tu... bkn apa. teringat pesan kwn sy. dia kata kalau sale coklat check expired date ;-)

    ReplyDelete
  17. Ruby pun suka cadbury. Lain dari yang lain kak NA 🥰

    ReplyDelete
  18. makan coklat sambil blogwalking, best juga kak. hihi.

    ReplyDelete
  19. Sekali sekala boleh makan ni. Cuma jangan selalu. :)

    ReplyDelete
  20. mydin memang akan buat jualan murah utk coklat2.. jarang dh ke mydin sbb jauh sikit dr rumah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.