Monday, September 14, 2020

200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat dan hujan berhenti pukul 4 petang kami keluar untuk makan petang. 

Maka kami singgah ke 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry. Orang masih ramai jadi tunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Sudah dapat tempat, kami lihat menu-menu yang ada.


Buku Menu


Asalnya saya hendak makan penkek tapi petang tiada menu tersebut. Setelah berbincang kami makan berat terus. Jadi malam tidak payah keluar lagi untuk makan.


Pancakes (BF03)


Di sini kita tulis berdasarkan apa kita hendak pada kertas dengan tulis kod nombor makanan. Pergi ke kaunter, pesan dan bayar. Nanti pelayan akan hantar ke meja berdasarkn nombor meja yang kita tulis. Saya pilih lasagna dengan kruton. Di sini popular nasi lemak strawberi. Abah dan adik ipar pilih ini.


Nasi Lemak Strawberry Dan Nasi Goreng Strawberry



Pilih Kopi Strawberry



Aneka Minuman Sejuk



Lasagna Dengan Kruton


Makanan oklah, tidaklah sedap sangat. Biasa-biasa. Asalkan sudah cuba.

Menurut adik dibuka sehingga pukul 6 petang.

Alamat: No 27 Tanam Sedia,
               39000  Tanah Rata
               Cameron Highlands 
               Pahang.


39 comments:

  1. Cameron ni dlm list to-visit akak. Mudah2an akan dpt menjejak kaki ke sana.

    ReplyDelete
  2. Cantik tidak semestinya sedap sangat tak gittewww... eh!

    ReplyDelete
  3. Banyak ke pilihan makanan kat sini..?
    Lasagna dia nampak sedap. tapi macam kering je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga pilihan makanan. Lama belek tengok hendak makan apa.

      Delete
  4. Menariknya pertama kali dengar menu nasi lemak strawberry.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak ke CH ni...kena plan juga nanti

    ReplyDelete
  6. Teringin nak makan nasi lemak strawberry tu. Menarik sebab warnanya kot. Kalau bercuti memang redha je kalau tak menepati citarasa. Janji perut terisi. Asalkan sudah cuba macam akak cakap tu :)

    ReplyDelete
  7. bestnya ke Cameron Highland! ;) Tapi betul lah, susah nak cari kedai yang sedap kat sana kikiki

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa jalan-jalan Cameron..🤓✨

    ReplyDelete
  9. Nasi lemak strawberry? Tak pernah lagi makan nasi lemak strawberry :)

    ReplyDelete
  10. Sama dengan saya. Kalau keluar rumah jam 3, terus makan di luar untuk makan malam walaupun baru jam 4. Haha. so sampai rumah teruslah relex2.

    ReplyDelete
  11. tak pernah lg makan nasi goreng strawberry..
    Taman Sedia tu best kan..dulu duduk homestay di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam perkampungan orang Melayu Taman Sedia itu.
      Banyak kedai makan. Seronok juga jalan situ.

      Delete
  12. tak sedap tak pe..yang penting kenyang

    ReplyDelete
  13. Nasi lemak strawberi tu agaknya rasa dia lemak2 masam manisla kot kan, sbb ikut rasa strawberi tu.
    Lama ke bercuti di Cameron?

    ReplyDelete
  14. wahh NA pi CH ke? lama dah shida xpegi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah pergi CH.
      Harap Shida ada rezeki ke sini.

      Delete
  15. Seronok kan dapat menikmati keindahan alam di CH tu dan juga dapat merasa masakan air tangan org sana.

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah.. Cikbunga akan repeat balik nak pi ch😁😁😁
    Nanti boleh try🌹🌹

    ReplyDelete
  17. Baru2 ni akak ke CH jugak. Makan kat Abg Strawberry ni, kali ni try bihun sup. Pada akak, mmg biasa2 je, tak memenuhi selera.
    Tapi kalau tak cuba, tak tau pulak kan...hehe. Tekak pun lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kena cuba dahulu. Mungkin ada menu yang sedap, ada tidak.

      Delete
  18. Lasagna Kruton tampilan penyajiannya bikin aku jadi lapar, hahaa ..
    Terlihat sedap sekali itu.

    ReplyDelete
  19. Teh Tarik itu yg pertama klu ke cameron

    ReplyDelete
  20. semoga sy & family ada rezeki ke sana 😬😬😬 ameeen

    ReplyDelete
  21. Harga makanan cam okey juga kan kak. takpe kak, at least kenyang perut. huhu.

    ReplyDelete
  22. siapa yg g CH x sah kalau x review abang strawberry ni kn?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang belum pergi. Tidak silap CikTim belum tempat pergi.

      Delete
    2. sy laa tu x penah smpi CH😆😆😆

      Delete
  23. Teringin nak makan hidangan-hidangan strawberry...

    ReplyDelete
  24. Dapat makan dan tahu rasanya kira memadai, at least kita pernah cuba..
    So far LZ belum pernah makan situ lagi.

    ReplyDelete
  25. teringin pulak nak rasa nasi lemak & nasi goreng strawberi tu :)

    ReplyDelete
  26. Aaaa dah lama nak try ni tapi asyik tak dapat je bila dapat visit CH. InshaAllah one fine day. Those food looks so mouthwatering. Terliur dah haha

    ReplyDelete
  27. iena pernah dua tiga kali pergi cameron tapi tak pernah pergi lagi Taman Agroteknologi MARDI ni.. nanti boleh la masuk dalam list :)

    ReplyDelete
  28. Saya tak pernah makan situ. Tapi pernah tengok ramai orang share makan nasi goreng ke, nasi lemak strawberry tu. :)

    ReplyDelete
  29. setiap kali ke cameron tak pernah lg singgah ke sini kecuali TAC. nampak sedap juga makanan2 tu

    ReplyDelete
  30. Sedap dengar nasi lemak strawberry. Betul tu dah nak petang makan berat terus kan.. Sedia snek ringan untuk malam, selamat berhujung minggu sis NA.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.