Sunday, September 27, 2020

Review: Nasi Ayam Hailam Pak Husin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kejadian ini berlaku bulan lepas ketika pemakaian penutup muka menjadi wajib. 2 Ogos, Ahad.

Warung di tepi jalan. Masuk sahaja lorong Kampung Bukit Dato B, jalan sedikit nampak warung tidak bernama di kiri jalan.

Nasi Ayam Hailam Pak Huisin


Kedai ini menjual nasi ayam hailam, bakso Champa, pelbagai jenis cendol dan kuih- muih. Ramai yang saya lihat beratur untuk bawa balik cendol dan saya lihat banyak cendol dibeli.

Saya memang teringin hendak makan nasi ayam yang sedap. Alhamdulillah nasi ayam di sini sedap dan muai. Banyak kuantiti nasi dan ayam. Sambal cuka diberi lebih dalam botol kalau tidak cukup.
Harga nasi ayam hailam ialah RM6. Keseluruhan saya beri 4 daripada 5 bintang.

Nasi Ayam Hailam



Panduan harga makanan lain

Bakso- RM5
Nasi Lemak- RM3
Cendol Biasa- RM3
Cendol Pulut, Jagung, Kacang- RM3.50

Bagi mereka yang hendak cuba bolehlah datang ke sini. SOP di amalkan.

Alamat: 
Nasi Ayam Hailam Pak Husin
Batu 7 1/2 Jalan Kampung Bukit Dari B
Tanjung Minyak
75250 Melaka
 013- 628 4234

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 8.30 pagi hingga 6:30 petang.


46 comments:

  1. nampak sedap na, harga pun berpatutan ;)

    ReplyDelete
  2. wah harga murah and nampak sedap pulak tu, terliurrrr

    ReplyDelete
  3. Menu nasi ayam antara yang saya gemari. Tak pernah jemu menikmatinya!

    ReplyDelete
  4. dana tak pernah lagi jumpa nasi ayam yang ayamnya dalam kuah gitu kak, menarik nih...
    nasi ayam tak pernah tak sedap bagi dan hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak juga portion ayam tu kak NA. Kalau kena dengan selera memang sedaplah makan nasi ayam. harga pun boleh tahan juga murah dengan portion macam tu.

    ReplyDelete
  6. Nasi ayam tu nampak sedap. Sup dia pun banyak

    ReplyDelete
  7. Wah first time dengar nasi ayam hailam. Dah lama teringin nak makan nasi ayam ni. Nak buat sendiri malas pulak hihihi.

    ReplyDelete
  8. Tadi lunch makan nasi ayam kadai baharu kat area office ni sedap juga.

    Tak pernah try nasi ayam hailam.

    ReplyDelete
  9. Terkejut tengok harga cendol pulut tu rm3.50 je.. Murah betul.

    ReplyDelete
  10. Baru tau ada nasi ayam hailam.
    Beza dia pada ayam berkuah tu ya NA?

    Makan pulak dengan cendol pulut...sedap!

    ReplyDelete
  11. nampak sedap nasi ayam hailam pak husin tu..harga pun murah

    ReplyDelete
  12. Thanks bagi alamat..mmg plan nak ke melaka next week..heheh yeayy boleh cuba

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah harganya tak mencekik :)

    ReplyDelete
  14. Murahnya harga makanan kat kedai nie...

    ReplyDelete
  15. Harga berbaloi. Favorite anak-anak ni. Menarik

    ReplyDelete
  16. Boa tarde NA parabéns pela excelente matéria.

    ReplyDelete
  17. Teman meng Google kat mana la "Kampung Bukit Dato B"... Rupanya kat Melaka yerkkk...

    ReplyDelete
  18. Nasi ayam hailam terlihat lezat .., bikin aku mendadak lapar lagi 😊

    ReplyDelete
  19. Sedapnya. Melaka memang banyak jugak makanan sedap-sedap.
    Baru ni plan nak ke Melaka juga, tapi fikir-fikir bab COVID ni duudk rumah dulu la. Nanri sampai kita cari.

    ReplyDelete
  20. Nasi ayam hailam ke hainan Na? Kalo nasi ayam hainan biasa dengar dan makan, nasi ayam hailam nilah first time dengar. Agaknya kuah dia kuah hailam ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nasi ayam hailam. Kak Nor Azimah maaf ya saya selalu silap taip pada komen blog akak. Kadang-kadang kena auto correct oleh telefon bimbit.

      Delete
  21. Nampak sedap nasi ayam hailam..first time dengar

    ReplyDelete
  22. Kalau saya pengen baksonya aja
    Sebab saya paling suka dengan menu bakso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lain kali boleh cuba. Unik juga nama bakso Champa.

      Delete
  23. You can follow my blog. I will follow later. Hehe that's my style.
    Thank you for visiting and commenting my blog. Please visit again.

    ReplyDelete
  24. Nasi Ayam ni ape2 version pn mesti sedap kan :)

    ReplyDelete
  25. Memang besar portionnya. Puas makan ni.

    ReplyDelete
  26. Harga berpatutan nasi ayamnya tu dengan rasa 4 bintang.

    ReplyDelete
  27. Harga juga masih murah..

    yang penting sedap

    ReplyDelete
  28. jauhh huhu
    inshaAllah kalau berpeluang ke melaka bole la cuba ni

    ReplyDelete
  29. oooo kat tanjung myk je... insya allah ada rezeki sy sggh...

    ReplyDelete
  30. Wahh murah dan nampak best! Nanti kalau Cik TK ke area Melaka bolehlah singgah

    ReplyDelete
  31. Tgk ayam dia terendamndlk kuah tu dah nampknmenyelerakan

    ReplyDelete
  32. Sedap nampak, teringin cendul pula hehe.. Semalam saya makan nasi ayam sambal hijau dengan kerabu mangga tu yang teringin cendol. Salam Jumaat, moga dirahmati Allah swt. Aameen.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.