Sunday, January 31, 2021

Dorayaki Untuk Sarapan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Sekejap sahaja sudah di akhir bulan Januari.

Macam tajuk, pertama kali mencuba dorayaki. Teringin untuk merasa bagaimana rasa dorayaki lepas tengok pos Dana. Nampak macam penkek. Terus salin resipi. Apabila sudah ada susu segar dan masa sesuai terus buat untuk sarapan pagi.


Adunan Dorayaki



Memang ikut sebiji daripada resipi Dana. Alhamdulillah mudah dan menjadi. Kalau Dana apitkan 2 keping dan letak sapuan coklat. Saya pula letak madu dan keju. Sedap. Ada lebihan saya buat untuk petang pula. Terima kasih Dana kongsi resipi.

Dorayaki

P.S: Terima kasih yang selalu melawat blog saya. Hanya Allah dapat balas kebaikan komen yang ditinggalkan atau bacaan pos.

32 comments:

  1. Wah...saya tak pernah buat. Makan pun tak pernah tau...hehe

    ReplyDelete
  2. Wah, sedap, sedap! Macam lempeng juga, la kan.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..makanan doraemon ni..

    ReplyDelete
  4. Menarik utk dicuba... asik tgk je doraemon mkn kn?

    ReplyDelete
  5. Memang sedap letak inti chcolate. Wahh kak wina pun dah cuba resepi kak dana. Saya belum cuba lagi. Teringin nanti nak buat juga :)

    Terima kasih juga kak wina selalu singgah dan tinggalkan komen :)

    ReplyDelete
  6. Wah NA dah cuba resepi kak dana ye..best! Shida nak cuba juga nnt..tgu ada kekuatan dan kerajinan..hahaha ^_^

    ReplyDelete
  7. dorayaki, anak2 suka mkn , tp beli
    feberet dorang satu kedai ni kat Au3

    ReplyDelete
  8. Haha terus teringat Doraemon bila tgk kuih ni

    ReplyDelete
  9. Haduh teringin pula nak makan dorayaki :)

    ReplyDelete
  10. Dorayaki.... Doraemom.... Tingat ade kawan nick name dia🤓

    ReplyDelete
  11. Lamanya tak makan dorayaki. Dulu selalu beli kat pasar malam 😊

    ReplyDelete
  12. sedap! bila sebut dorayaki ni mesti teringat doraemon..hehe

    ReplyDelete
  13. macam lempeng la pulak..

    apa-apapun kalau sedap..memang bagus untuk dibuat selalu

    ReplyDelete
  14. Rajinnya kak NA. Pas ni try inti lain pulak

    ReplyDelete
  15. Boleh try lepas ni. Selalu beli je hehehe

    ReplyDelete
  16. sama-sama kak, seronok bila orang dah mencuba resepi kita...

    ReplyDelete
  17. Wah rajin NA ye mencuba dorayaki. Puas hati dpt buat dan mkn sendiri kan

    ReplyDelete
  18. menangis doraemon kalau nampak ni😊

    ReplyDelete
  19. Tak sempat cuba lagi resepi kak Dana ni, one time akan cuba. Dorayaki sedaaappp!!!!

    ReplyDelete
  20. Tengok dorayaki teringat Doraemon, hehehe.
    Sedap pancake dorayaki sebab ada coklat :)

    ReplyDelete
  21. teringat kartun Doremon suka sgt makan dorayaki.
    alhamdulillah menjadi, boleh buat lg lepas ni

    ReplyDelete
  22. Comelnya dorayaki.. disapu pula peanut butter dan coklat.. pergh!!

    ReplyDelete
  23. Aamin YaRabb,InshaAllah.Terima kasih juga buat sis NA.
    Nampak sedap. Tak pernah makan lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.