Saturday, January 16, 2021

Review: PotonGuler Susu Pekat Manis Penuh Krim Le Ting

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat dan bahagia. Amin.

Dalam proses menghabiskan stok makanan yang ditinggalkan oleh adik perempuan maka saya ternampak  susu pekat manis ini di belakang peti sejuk. Nama yang menangkap dan menarik dengan warna pastel. Nasib belum dibuka dan tertarik dengan tag line "Potong Guler Sedap Giler"

Depan Peket Potong Guler



Memang betul sedap apabila dimasukkan ke dalam kopi kisar. Rasa karamel ada dalam Potong Guler. Berbanding susu pekat biasa beli dalam tin aluminium.

Potong gula +/-99%. Ia diganti oleh oligofruktosa dan stevia. Ini jaminan Potong Guler. Pemanis khas ramuan aktif selain itu ialah IMO Oligo. 

Belakang Peket Potong Guler



Imogo Oligo- Pengganti gula berkalori rendah dan rendah glisemik indeks.

OligoFruktosa- Pemanis yang mempunyai kebaikan fiber yang membantu penghadaman.

Stevia- Pemanis semula jadi daripada daun stevia yang 300 kali lebih manis daripada gula.


Jaminan Potong Guler juga ia mempunyai lebih susu daripada gula putih.


Saya sudah jatuh cinta dengan produk ini. Tidak sia-sia merasa untuk habiskan stok. Harap ada dijual di kedai. Simpan sini sebagai panduan saya hendak cari sebab sudah habis!

33 comments:

  1. manisan based on stevia ni memang bagus compare dengan gula..
    stay safe ya sis!

    ReplyDelete
  2. dulu memang glamer stevia ni, Wina.
    baik utk kesihatan.
    berbaloi lah abiskan stok! dpt merasa benda sedap :)

    ReplyDelete
  3. Wow, saya tak pernah jumpa produk tu. Bagus la kalau ada alternatif selain susu pekat manis tin tu. Yang tu, memang gula je.

    ReplyDelete
  4. menarik betul produk susu pekat dalam pek macam ni. terus saya google produk ni. local produk keluarkan kilang kat nilai rupanya. bagus ni pengganti susu pekat biasa sebab gunakan pemanis lebih sihat dan manis berganda.

    katanya 1 cawan susu pekat biasa = 10 cawan teh susu potonguler.

    ReplyDelete
  5. Rezeki di belakang peti sejuk.

    ReplyDelete
  6. Tak tahu plak ada produk yang bagus gini.. Hihi rezeki awak tue kat belakang peti ais...

    ReplyDelete
  7. kalau letak ats roti lepas tu makan sedap x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak pernah letak pada roti tapi rasa susu itu sahaja memang sedap.

      Delete
  8. Tak pernah dengar lagi brand ni. Mungkin boleh try cari online kak

    ReplyDelete
  9. Boleh dijadikan alternatif urk susu pekat manis kalau gini..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah jumpa lagi produk ni. Beli kat mana agaknya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beli. Lepas itu tidak guna kenalah Kakak dia habiskan.

      Delete
  11. Boa tarde NA, tudo que faz bem a nossa saúde é sempre maravilhoso. Bom domingo.

    ReplyDelete
  12. Dah jatuh cinta, nampaknya boleh beli lagi hehe

    ReplyDelete
  13. Great review! Thank you very much )

    ReplyDelete
  14. kiranya lebih susu dr gula kandungannya

    ReplyDelete
  15. Tak pernah nampak lagi produk ni. Thanks for the info. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  16. antara sebab artikel awak menarik...bahasa yang simple jer.

    mesej senang faham.

    BTW...gula jika diambil berlebihan memang bahaya

    ReplyDelete
  17. kalau ada stevia tu memang betul potong gula.
    sesuai utk seisi keluarga tambah2 yg ada diabetes.

    tak pernah jumpa brand ni

    ReplyDelete
  18. Wohh ada rasa karamel.ke.. mmg sedap la

    ReplyDelete
  19. xpenah lg jumpa brand ni... nmpk menatik utk di cuba��

    ReplyDelete
  20. Fuhyooo.. x pernah jumpaa.. Nanti nak cari jugak la... Shopee ada kot eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tengok di Shopee boleh tahan harga.

      Delete
  21. sedap ye..boleh la cuba nanti :)
    Tq sharing NA :)

    ReplyDelete
  22. Wah menarik ni. Tak pernah jumpa lagi produk ni.

    ReplyDelete
  23. Produk potong guler ni eza nak cari lah. Nasib baca entry kak wina, baru tahu.

    ReplyDelete
  24. dh cari tak jumpa pulak jenama ni. limited edition barang kali

    ReplyDelete
  25. Manis berasaskan stevia bagus kan. Tak pernah cuba, review sedap, bole beli lagi..

    ReplyDelete
  26. kalau produk yang potomg gula amat bagus untuk diamalkan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.