Saturday, March 20, 2021

Bateri Kembung Dan Menang Lagi 2 Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Syukur pada hari ini akhirnya saya dapat bateri baru telefon bimbit Lenovo ( bukan telefon baru yang beli tahun lepas) hari ini. Bateri lama saya kembung! Mesti sakan blog walking. Kena Isnin lepas. Sudahlah Isnin macam tiada mood. Petang buka hp, langsung tidak hidup. Ah sudah. Jadi guna telefon lama sementara itu. Tapi azab sebab ada blog tidak boleh buka. Pemuka (dashboard) pun tetapan lari.

Hikmah tumpu pada blog tertentu. Tengok blog mamapipie sudah hampir 2, 550, 000. Cuba nasib. Alhamdulillah tepat mengena pada hari Rabu yang indah. Dapat RM50. Alhamdulillah lagi. Padahal susah hendak tangkap (susah sebab tidak tumpu perhatian).


Tangkapan Skrin 2 550 000



Kemudian menang hadiah utama daripada blog anakomak6. Apalah hadiah yang akan saya dapat? Syukur Allah beri menang ketika bateri kembung.

Oklah nanti saya sambung blog walking. Berdoa saya dapat hp baru canggih macam Azhafizah. Hehe.

Jumpa lagi.

27 comments:

  1. yeay bateri henpon baru, tahniah NA Rezeki tu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...rezeki datang dari pelbagai cara dan bentuk

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Murah rezeki NA 😊

    ReplyDelete
  4. Padanlah saya perasan akan menyepi dua tiga hari ni tak nampak. Saya pun busy harini baru sempat jengah blogwalking. Kebetulan masa handphone akak dah okay. Eh, patutlah terbatuk batuk ada orang sebut.

    Semoga ada rezeki akak dapat handphone yang canggih. Aaminnn
    Alhamdulillah tahniah kak. Murah rezeki akak banyak menang hadiah dalam blog :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Syukur.

    ReplyDelete
  6. Oh..patutlah perasan Na mcm menyepi.

    Tahniah, siap dapat tangkap dari 2 blog tu 👏🏽

    ReplyDelete
  7. Wah.. Rezeki berturutan. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. tahniah kak, rezeki memang tak kemana kan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..rezeki guna telefon lama..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki NA dah tertulis :) Tahniah NA :)

    ReplyDelete
  11. hhahaha tahniah awak...
    kita x mampu nak bg henpon canggih lagi..
    tapi insyallah kita belanja awak makan k heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terkejut. Ingat minta alamat hendak pos barang. Tidak tahu hendak belanja makan hotel. Julung-julung kali cuba Swiss Hotel. Tq.

      Delete
  12. Tahniah NA
    Rezeki menang hadiah utama GA anakomak

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah tahniah... rezeki NA tak salah alamat! ;-)

    ReplyDelete
  14. terbaik wina.
    aida pula tak pernah tumpu kpd satu satu blog.
    aida bw bila ada masa dan secara rawak aje.
    tu yg tak pernah dpt tuah tang snap numbers ni :)
    ha ha ha ha...
    lumayan tu rm50. best!

    ReplyDelete
  15. Wah, terbaik kak. Murah rezeki akak. Dapat banyak hadiah. hihi. Syukur alhamdullilah. :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Tahniah, NA. Murah rezeki 😊

    ReplyDelete
  17. lps ni dpt rezeki lain share dgn sy tau eh ehhh hahaha #gurau

    ReplyDelete
  18. rupanyaaa ada rezeki lainn tuu kan. tahniah ye kak :)

    ReplyDelete
  19. Murah rezeki NA ni, selalu menang hadiah. Kita tumpang gembira. Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah, rezeki d bulan puasa :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdilliahirabilalamin.. Murah rezrki dari Allah swt. InshaAllah dapat phone canggih mcm Azhafizah. Aameen. Ke dah dapat cer cerita hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.