Saturday, May 1, 2021

Kad Raya Fizikal Dan Rantai Kunci

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasanya lebih 10 tahun tidak dapat kad raya. Alhamdulillah tahun ini dapat satu petang semalam. Itupun teringat hendak tengok peti surat lepas baca tulisan Fiza yang dia telah terima kad raya dan  rantai kunci daripada Shida Radzuan. Bergegas keluar pada pukul 4 petang. Memang semalam hari macam tidak cukup masa sahaja. Rasa fikiran kosong, tidak fikir apa-apapun.

Kad Raya Dan Rantai Kunci




Terima kasih  Shida atas susah payah beri kad raya. Rantai kunci sebab jadi geng kuat komen Januari- Mac 2021. Tertulis nama saya!

17 comments:

  1. Tu laaa kita pun dpt jugak semlm kad raya..

    ReplyDelete
  2. Mesti akak lupa nak jengah post box ye. kalau surat kurang alert dengan posmen. pos laju je laju kita amek parcel. hihi..alhamdulillah selamat sampai. tahniah dapat keychain comel tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah macam tidak ingat langsung pasal kad raya.
      Terima kasih Fiza. Lepas ini tunggu sampul surat Fiza.

      Delete
  3. Cantikkk keychainnya!
    Kann, lama dah tak dapat kad raya, saya oun haritu first time terima daripada kak shida selepas beberapa tahun hahaha.

    ReplyDelete
  4. Kad raya mempunyai sentimental value yang tersendiri.

    ReplyDelete
  5. wah..cantikk.. tahniahh kak :)

    ReplyDelete
  6. Dua-dua cantik! Tahniah, NA! 😊

    ReplyDelete
  7. Sejak umo kepala 2 d depan ni x pernah lg sy dpt kad raya 😢

    ReplyDelete
  8. Tahniah, NA. :)
    Saya pun dah lama tak dapat kad raya.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Kak NA.. kad raya tue mengingatkan kita dengan nostalgia lama, kan.. cantik keychain..

    ReplyDelete
  10. Saya pun hari tu lambat perasan sebab tak check postbox.huhu

    ReplyDelete
  11. best bestttt... jgn lupa kirim kat sy sekeping... ehhh ;-)

    ReplyDelete
  12. Cantik, Alhamdulillah rezeki, nak jugakk..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.