Monday, July 26, 2021

Kotak Besar Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah kotak besar sampai daripada Pos Laju. Tidak payah hendak kesan. Penghantar ada maklumkan yang dia ada pesan di Shopee telah dipos 24 Julai dari Alor Setar. Berbeza kali ini bukan dari Seremban. Kali ke-3 saya dapat daripada tuanpunya blog sihatimerahjambu.

Besar kotaknya dan agaknya berat juga. Saiz kotak lebih kurang saiz suratkhabar. Lambat buka sebab sampai hampir pukul 12 tengahari. Masa sibuk untuk tonton #Qurantime di tv al-Hijrah dan kemudian solat dan makan tengahari.

Kotak Besar



Apalah hadiahnya? Jeng-jeng.......

Pembakar roti. Bolehlah guna apabila makan roti nanti. Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimerahjambu---> www.azhafizah.com
Fiza menulis tentang gaya hidup, fotografi, makanan, filem, drama dan isu semasa.

Pembakar Roti



Ini hadiah kemenangan untuk 6 bulan berturut-turut iaitu Januari hingga Jun (betapa gigihnya)- tukang komen paling banyak. Hehe. Harap dapat teruskan momentum. Kalau tidak beri orang lain cuba.

Jumpa lagi.

Terkini: Sudah guna bakar roti kemudian letak sapuan Biscoff dan sapuan kacang tanah (halus) Yogood.

68 comments:

  1. MashaAlah, Alhamdulillah rezeki lagi, Allah murahkan rezeki, rajin tonton Qurantime, saya pun dah leka, dulu rajin tonton qurantime, malam pun ada qurantime. Terima kasih atas ingatan sesambil menulis ada terselit mesej,., Tahniah NA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap puan sambung balik tengok.
      Hehe amin. Tq doakan.

      Delete
  2. Tahniah NA....
    awak rajin mengomen, layak dah tu menang sesuatu ehhee
    rezeki, alhamdulilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kesempatan dan masa. Akan datang tidak tahu ada peluang lagi ke tidak.
      Terima kasih puji.

      Delete
  3. Tahniah NA..Alhamdulillah..

    rajin2 mkn roti bakar ya..hehe..

    ReplyDelete
  4. Tahniah kerana menang hadiah sokmo.

    ReplyDelete
  5. Wauu bkn main hebat hadiahnya...tak rugi rajin mengomel kt blog kekawan..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki akak, berbaloi dengan semangat akak yang tak jemu jemu tinggalkan komen di blog orang. Tahniah kak NA! ;)
    Lepas ni hari hari la makan roti bakar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dengan ada sapuan Biscoff itu memang kena rajin makan roti bakar.

      Delete
  7. Alhamdulillah tahniah bestnye

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..selamat sampai akhirnya. Risaunya lambat sampai atau stuck. Terima kasih kak rajin singgah dan tinggalkan komen. Semoga sudi terima hadiahnya dan bermanfaat :)

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat barangan eletrik ni , sambil sambil bakar roti boleh teringat kat sis fiza kan ,

    ReplyDelete
  10. Wow, bestnya! NA memang rajin mengomen, deserve la dapat hadiah ni. Tahniah, ye! :)

    ReplyDelete
  11. rezeki orang rajin tak pelah salah alamat..

    alhamdulillah & tahniah dari saya

    ReplyDelete
  12. Pergh... Hebat hadiahnya. Brand Elba lak tu. Tahniah kak NA

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..murah rezeki. Fiza memang sorang blogger yang murah hati dari dulu lagi. Seronok ada kawan yang baik macam dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga murah rezeki Fiza. Harap apa yang diharapkan tercapai. Amin.

      Delete
  14. Alhamdulillah, tak putus-putus rezeki NA
    Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Beri lebih ketika komen. Ikhlas komen.

      Delete
  15. Alhamdulillah, tahniah kak wina!

    rajin la bakar2 roti lepas ni ye... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Harap istiqamah tapi kadang-kadang jenis sayang guna barang.

      Delete
  16. Waa boleh buat roti bakat hari2 congrats na

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah
    tahniah
    lepas nih rajin-rajin lah bakar roti
    hehehe

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. tahniah atas kemenangan.

    ReplyDelete
  19. Tahniah, tahniahhh
    Best kan....Teruja dapat hadiah

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah , boleh lah buat sarapan roti bakar kaya ni NA.. lama kak ana tak singgah sini kan :)

    ReplyDelete
  21. Tahniah ..rezeki tu..NA mmg layak dapat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kerana cakap layak.

      Delete
  22. Alhamdulillah. Murah rezeki yang memberi dan yang menerima.

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah.

      Delete
  24. Wahh bestnya. Boleh selalu bakar roti sapu kaya haha dappp!

    ReplyDelete
  25. warghhhh best hadiahnyaaaaaa

    hari2 bekpes mat saleh laa nampaknya ya hahaha

    ReplyDelete
  26. Waaah congrats kak NA... Best lah hadiahnya :). Saya jarang menemukan kompetisi koment terbanyak di blog cam nih.

    Rasanya para bloggers Malaysia memang lebih banyak berkomen daripada bloggers Indonesia. Kadang sedih melihat banyak Indonesian bloggers yang sudah meninggalkan blog dan beralih ke VLOG or YouTube. Teman2 saya yang blogger jadi semakin berkurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bloggers Indonesia yang banyak balas-balas komen.

      Delete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.