Thursday, August 5, 2021

Kotak Kecil Barang Comel Pula Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Permulaan Ogos bermula dengan baik apabila dipilih sebagai tukang komen nombor 1 di blog baby-pose pada bulan Julai. Sebenarnya tidak sangka dia ada buat senarai orang komen kerana dia baru kembali semula ke alam blogging. Betul tak Puan Baby-pose? Tapi sebenarnya saya sudah lama kenal dia. Dia menyepikan diri dan kemudian saya menyepikan diri 3 tahun lamanya.

Ok panjang pula cerita. Dipendekkan cerita kira kembali berziarah semula antara satu sama lain.

Petang tadi dalam pukul 2 saya terima kotak comel. Lewat buka sebab tengok Olimpik.

Kotak Kecil Daripada Gdex 



Dalam pukul 4 buka kotak. Ada kesukaran hendak buka pada mulanya. Saya cuak juga ada bunyi barang bergerak di dalam. Takut juga barang kaca. Lega tengok mini mangkuk tingkat yang comel yang diperbuat daripada besi. Hehe kecil rasanya tidak boleh letak lauk. Fikir sesuai letak apalah dalam ini. Ada tulisan nama pemilik blog yang beri.

Mangkuk 2 Tingkat Dengan Tulisan https://baby-pose.blogspot.com
 -food unites-



Terima kasih Puan Baby-pose kerana beri saya hadiah. Tulisannya berkaitan masakan, makanan dicuba, gaya hidup, tumbuh-tumbuhan pasu. Dia banyak selitkan video di setiap pos tulisan dan menggunakan dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris.

Oklah jumpa lagi.

31 comments:

  1. Permulaan ogos yg menggembirakan 😁

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih atas kesudian menerima hadiah kecil tu dan tersentuh imbasan sis NA yang kita dah lama berblog, walau menyepi tetap di hati, moga ikatan ukhwah berkekalan.. InshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Cantik mangkuk tingkat tu. Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..rezeki akak dapat hadiah lagi dibulan Ogos ni. Comel hadiahnya. Boleh buat letak kuih muih. Tahniah kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza bagi idea letak apa dalam mangkuk tingkat.

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Rezeki.. Teruskan usaha menjadi pengomen tegar..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah . Salah satu rezeki tu . Nampak comel mangkuk tingkat tu .

    ReplyDelete
  7. tahniah kerana sering mendapat hadiah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..murah rezeki ya..mencurah2 hadiah tiba..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Seronoknya, kakwina selalu dapat hadiah. Ramai orang sayang ni. Take care kak!

    ReplyDelete
  10. Tahniah, NA! Cantik mangkuk tingkat pemberian baby-Pose tu 😊

    ReplyDelete
  11. comelnya. ya betul, baby-pose rasanya dah lama menyepi, sekarang baru start balik blogging. Tahniah kak

    ReplyDelete
  12. Wow.. Tahniahh.. ye.. blog post dia ada dwibahasa... first time baca... huhu..

    ReplyDelete
  13. cantikkk mangkuk tingkatnya... tahniah NA👍👍👍

    ReplyDelete
  14. Comelnya mangkuk tiffin tu...best la kan dapat hadiah macam ni...

    ReplyDelete
  15. Wah…comelnya tiffin Na dapat.
    Tahniah!

    ReplyDelete
  16. wahhh tahniah kak, cantik mangkuk tingkat tu, comel

    ReplyDelete
  17. W'salam.
    Seronok dapat hadiah, tahniah!

    ReplyDelete
  18. tahniah kerana sudah dapat hadiah.

    comel dan kiut tu

    ReplyDelete
  19. Tahniah NA. Permulaan bulan ogos yang baik :)

    ReplyDelete
  20. Tahniah akak! Comel cute mangkuk tingkatnya! Geram pulak kita tengokk hehehe

    ReplyDelete
  21. bla tgk magkuk tingkat ni trs teringat piknik tepi pantai hehehe

    ReplyDelete
  22. Alolo mmg comel. Warna dia pun cun

    ReplyDelete
  23. boleh la guna mangkuk tingkat bila tapau makanan di kedai makan nanti. hehehe

    ReplyDelete
  24. Comelnya sia heheh.. boleh guna kalau tapau makanan di kedai

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.