Sunday, October 10, 2021

Terima Hadiah Dan Duit Sebagai Top Komentator

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

P.S: Gambar letak kemudian. Saya punya dugaan gambar susah hendak di upload.

Alhamdulillah, terpilih untuk terima hadiah top komentator di blog Atiqah Najihah (www.atiqahnajihah.com) untuk bulan September. Btw, selamat harijadi Atiqah. Hadiah selamat sampai.

Tidak sabar lalu buka dengan cepat kotak. Sebelum itu sudah terbayang mellow crunch warna apa diberi oleh Atiqah. Sebelum ini, beberapa bloggers telah terima dengan warna yang berbeza. Saya agak sebelum terima ia yang berwarna hijau sebab Atiqah tahu saya suka hijau. Telahan tepat. Apa yang seronok dapat juga mini KitKat dan mini Cadbury dairy milk. Bonus ini.

Kotak Coklat



Ada ucapan terima kasih daripada pihak ke-3 iaitu kedai biskut. Unik nama. #kedaibiskut dari Kota Bharu, Kelantan.  

Tulisan Terima Kasih Di Kotak



Saya pun hendak ucap terima kasih kepada Atiqah kerana sudi bersusah payah memberi. Bukan senang tahu untuk usaha memberi. Lagi sekarang dia tengah sibuk bekerja, berpindah ke tempat baru. Memang menuntut masa. Semoga berjaya Atiqah dan mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Ok lagi satu saya dapat hadiah duit daripada Puan Amie (salamisimon1.blogspot.com) Tidak sangka terpilih kerana kumpul 3 bulan komen (Julai-Septemeber 2021). Jumlah komen terkumpul berjumlah 200. Boleh klik di sini tulisan Puan Amie. Terima duit masuk tabung semalam. Terima kasih daun keladi. Semoga murah rezeki Puan Amie dan diberkati rezeki.

Korang boleh lawat blog orang pemurah di bawah. Sama menyokong bloggers lain. Cerita mereka sangat menarik.


Alhamdulillah gembira dapat. Selain hari ini berita gembira lain untuk warganegara Malaysia rentas negeri.

Jumpa lagi.


27 comments:

  1. Alhamdulillah..dapat rezeki hadiah dan duit belanja. Semoga pemberi dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn...

    Banyak berita gembira. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Sama sama akak! Moga moga dengan pemberian kecil dari saya mampu menggembirakan hati akak hehehe :D

    ReplyDelete
  3. tahniah kak, wahhh best dapat banyak hadiah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki, Tahniah NA, suka blog mereka, moga diberi rezeki melimpah ruah buat pemberi-pemberi dan penerima. Aameen.

    Berita merentas, bagai hari raya, Syukur.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, rezeki NA dapat hadiah dari blogger2 pemurah..tahniah!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah 🤲🤲hadiah yang tidak disangka sangka🌹🌹

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah .tahnia..rezeki ada di blog ya

    ReplyDelete
  8. Tahniah Na 👏🏽
    Murah rezeki, selalu dapat hadiah.

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah selamat kak

    dari anjangsana blogwalking bisa dapat rejeki ^^

    ReplyDelete
  10. tahniah atas rezeki-rezeki yang diterima

    ReplyDelete
  11. Rezeki blogging berturut-turut. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. tahniah...syok tu dpt adiah & duit

    ReplyDelete
  13. Tahniah NA.
    Rezeki Allah. Tak putus-putus datangnya.

    ReplyDelete
  14. semoga na selalu dimurahkn rezeki.. ;)

    ReplyDelete
  15. best awak ye..selalu murah rezeli

    ReplyDelete
  16. Tahniah, NA. Moga terus dimurahkan rezeki buat NA, Kak Amie dan Atiqah :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.