Saturday, December 25, 2021

Terima Hadiah Sebagai Pengomen Terbanyak 2021 Blog Abam Kie

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai hadiah daripada Abam Kie tengahari tadi. Tidak sangka cuti umum pun masih ada penghantaran barang. Terima kasih kepada pemberi kerana beri perkembangan barang. Maklum sekarang boleh rentas negeri jadi boleh pastikan terima barang ditangan. Takut tiada rumah lama.

Bungkusan Hitam


Abam Kie sudah tunjuk gambar barang sebelumnya. Jadi sudah dapat agak warna dan bentuk iaitu selimut gebu hijau pucuk pisang! Terus dirasmikan pakai. Moga pahala untuk Abam Kie.

Selimut Gebu Warna Pucuk Pisang



Terima kasih Abam Kie kerana beri hadiah. Ini usaha marathon kerana komen dari 1 Jan-20 Disember 2021. Subhanallah. Semua dengan kekuasaan Allah izinkan saya gigih istiqamah komen. Kita tidak tahu masa hadapan. Harap dapat diteruskan tahun depan insya Allah.

Jumpa lagi.

18 comments:

  1. Tahniah kpd Na. You deserved it. Terima kasih kerana menyokong blog abam kie. Keep up the good work.

    ReplyDelete
  2. Tahniah NA! Nanti jemput komen2 blog SR pula hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah!
    Musim2 hujan ni seronok tarik selimut :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki, selimut gebu, best tu, baru tengah cari sleeping bag, memandangkan nak kurang berbalanja simpan dulu hajat hehe.. Maaf komen panjang pula.NA. Tahniah moga diberi rezeki melimpah ruah kepada peneruma dan pemberi. Aameen.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, cantik warnanya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Tahniah kak. Berkat usaha akak berhasil. Akak memang win memeriahkan kotak komen. terima kasih jugak kak selalu singgah blog saya.
    Mesti seronok dapat warna favourite tu.

    ReplyDelete
  7. Sesuai hadiah tu musim-musim hujan ni. Tahniah kak NA

    ReplyDelete
  8. Congrats. Alhamdulillah.
    Cantik hijau pucuk pisang.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tahniah!! Rezeki tu. Sejuk2 boleh buat panaskan badan dengan selimut ni.

    ReplyDelete
  10. Tahniah! NA komen-komen sesama blogger memang penyuntik semangat rajin memblog hiks!

    Cantik color hijau pucuk pisang Mrs. A pun suka color tu

    ReplyDelete
  11. Wah, tahniahhh!
    Saya ada niat, tapi usahanya kurang pulak..Aduududuuu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.