Tuesday, January 18, 2022

Hadiah: Terpilih Antara 10 Orang Tukang Komen

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Memang tidak sangka akan terima kerana tuan punya badan kata akan pos bulan Februari. Tup-tup terima. Itupun abah yang ambil letak di meja makan. Petang-petang bersedia buat air untuk berbuka tengok ada bungkusan.

Apapun teruja dan ingin tahu apa isi di dalam. Itulah keseronokan dalam proses terima hadiah.

Bungkusan Daripada Nonasani.com


Wah-wah ada:

  • Pelitup Muka 3 Warna Dan Corak
  • Kopiko L.A Coffee
  • Pelekat Peti Sejuk Top Commentators 2021. Betapa gigih beri komen sepanjang tahun.
  • Tikar Sembahyang Saiz Poket- Kalis Air. Ada kompas petunjuk kiblat. Banyak pahala Nona ini. Satu keperluan kalau bawa ini melancong luar negara. Hehe sebab pernah solat luar. 

Buka Bungkusan: 3 Helai Pelitup Muka Pelbagai Warna, Kopiko L.A. Coffee, Pelekat Peti Sejuk Top Commentators Dan Tikar Sembahyang Saiz Poket


Alhamdulillah. Terima kasih Nona. Julung-julung Nona buat senarai penerima hadiah untuk tukang komen ini. Semoga murah rezeki untuk terus buat dan bertambah keberkatan. Bukan mudah tahu untuk hantar hadiah 10 orang. Kena minta alamat, bungkus hadiah dan pos. Saya tabik pada mereka ini.

Jumpa lagi.

20 comments:

  1. Seronok kan bila dapat hadiah...jom jadi pengomen tegar blog SA plak jom...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, rezeki tak pernah salah alamat :)

    ReplyDelete
  3. Wahhhh tahniah kak, akak memang rajin komen patut pun dapat hadiah

    ReplyDelete
  4. Wah..murah rezeki NA. Juga yang memberi. Betul lah…bukan mudah nak uruskan hadiah untuk 10 orang.

    ReplyDelete
  5. wah..tahniah kak NA. menarik hadiahnya. lagi-lagi sejadah tu

    ReplyDelete
  6. Tahniah NA!
    Betul, PH pun belum ada kekuatan/kesempatan lagi nak buat contest/GA/kirim hadiah pada kawan2 w/pun terharu sgt dgn sokongan yg selalu diberikan. One day, Insha Allah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kak NA.. Sememangnya rezeki akak di tahun baru..

    ReplyDelete
  8. Wah, Alhamdulillahhh selamat sampai.. risau jadik pape pada barang barang yang dipos tu.. Hehe.. Saya curik curik masa, nak post secepat yang boleh... Cuma bagitau awal..supaya tak ternanti sangat...

    Selamat Menggunakannya ye .. Moga berguna kesemuanya... Terima kasih dan tahniah ye

    ReplyDelete
  9. selamat...semoga tetap lucky n banyak rejeki ya kak na ^^

    ReplyDelete
  10. Banyak hadiah kiriman nona.
    Alhamdulillah..Tahniah kak!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.
    Rezeki berblogging. Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  12. tahniah...semoga si pemberi pun dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah rezeki, sukanya sejadah saiz poket tu. Tahniah sis NA, moga bertambah rezeki buat pemberi dan penerima. Aameen.

    ReplyDelete
  14. Bestnya hadia senang nak bawa travel nanti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.