Wednesday, February 9, 2022

02022020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nombor yang cantik. Sebiru laut buku yang saya terima semalam hasil menangkap nombor 79,000 daripada blog salinasafea.blogspot.com. Rupanya ada hasil nukilan puisi daripada si pemberi.

Buku Antologi Puisi Magisnya 02022020


Menarik buku ini. Saya terus hayati puisi Magisnya 02022020. Mengapa  dipilih 02022020? Diterbalik baca dari kanan ke kiri masih sama nombornya.

Himpunan penulis-penulis dalam bidang pendidikan. Coretan berkaitan tarikh 02022020. Ada kisah suka seperti tarikh perkahwinan, tarikh graduasi, ulangtahun kelahiran, perkahwinan, mengembara.
Ada kisah duka seperti kematian, kisah tentang Covid-19, masalah peperangan.
Ada juga kisah sejagat, mencari ibrah setiap peristiwa, membuat pencarian jiwa.
Tema sangat pelbagai. Puisinya mudah difahami. Saya tiada masalah membaca dari saat terima buku, beriadah dan pagi tadi khatam membaca.

Ketika membaca saya dapati ada nama yang saya kenal iaitu rakan sekelas sekolah menengah. Tidak lupa Syazni, pemilik blog www.syaznirahim.com.

Ada dua puisi yang saya suka. Pertama bertajuk "02.02.2020: Serupa Tapi Tak Sama". Tertarik dengan perspektif penulis.

Rangkap 2 dan 3:

Lihat sepasang sepatumu, daripada
falsafah palindromnya sama
hakikat dan fungsinya berbeza
namun gandingan kiri dan kanannya jadi bermakna.

Lihat pula perlakuanmu, Malaikat
Atid mencatat keburukan di kiri
Malaikat Raqib mencatat kebaikan 
di kantan
tak mungkin kiri dan kantan sama!
Kelihatan serupa tapi tak sama.

Kedua puisi bertajuk "Sebuah Rumah Yang Tak Bergelar Syurga"
Ada perkataan kosong dan dua dalam setiap rangkap.

Rangkap 1

Semalam aku menangis
melihat kosong dan sepinya dunia
seorang tua berbaring lesu dengan
dua tangan kurus
cuba menggapai makna kehidupan
bersama puing-puing lantai yang
reput dan usang.

Anda ingat apa anda buat atau masakan pada 02022020?


27 comments:

  1. Menarik! Saya dapati sekarang saya pun dah mula meminati puisi.
    Alamak..saya tak ingat la apa saya buat/masak pada 2.2.20. Kena refer medsos dulu kot ada.

    ReplyDelete
  2. tahniah! selamat membaca...tak ingat buat apa yg istimewa pd tarikh tu..nice kan nombor tu..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak NA.. Wah, si pemberi merupakan salah seorang penyumbang nukilan.. Bagus dan semoga si penulis terus maju dalam bidang yang diminati..

    ReplyDelete
  4. Sangat puitis nukilan penulisan... Apa apa pon tahniah NA👏👏

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu pulak 22022022 tak lama lagi

    ReplyDelete
  6. indah sangat bahasa puisi ya kak na...aku suka puisi juga. itu bisa menjadi semacam refleksi dan kontemplasi ^^

    ReplyDelete
  7. unik nombornya bila di baca dr kiri dan kanan sama

    ReplyDelete
  8. Wah, ada buku berkaitan tarikh cantik ni ye... menarik tu!
    Tahniah NA.

    ReplyDelete
  9. saya masih ingat pada tarikh tersebut saya melayari kehidupoan biasa sahaja.

    Covid-19 pun belum serang secara ganas ke Malaysia

    dalam bulan ini pun ada tarikh yang cantik 22.2.22

    ReplyDelete
  10. Ditarikh istimewa ni, hehe tak ingat buat apa...

    Tahniah ya kak NA berjaya tangkap nombor!

    ReplyDelete
  11. tahniah NA, kak ana lama dah tinggal kan puisi, tak ingat dah apa yang kak ana buat pada tarikh tu.. hehe :)

    ReplyDelete
  12. Best tu dapat hadiah ada nukilan pemberinya. Tahniah kak dapat hadiah buku. Tak ingat dah masak apa pad tarikh tu. Tapi nombor 2 no.fav :)

    ReplyDelete
  13. Entahlah 02.02.20 tengah prepare nak pergi bercuti ke Vietnam. Masa tu covid belum sampai Malaysia

    ReplyDelete
  14. tarikh yg unik. sesuai dibuat majlis perkahwinan pd hari tersebut...

    ReplyDelete
  15. Unik tarikh tu, peka orangnya bole perasaan nombor begitu, puisinya menyusuk kalbu Tahniah sis NA, moga bertambah rexeki. Aameen.

    ReplyDelete
  16. Menarikpa buku 02022020. 02022022 ada aa aritu gi hausgrill

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. Menarik bukunya.. Tahniah..

    ReplyDelete
  18. Rakan sekolah rupanya.. tahniah murah rezeki

    ReplyDelete
  19. tahniah...nada memang hebat

    syukur dengan rezeki yang ada

    ReplyDelete
  20. dgn nombor cantik pun boleh buat buku. hebat!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.