Friday, May 27, 2022

Nasi Kerabu Bukan Biru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kegembiraan berpuasa ialah ketika berbuka.

Inilah makanan berbuka saya semalam. Nasi kerabu bukan biru. Pertama kali juga makan nasi kerabu bukan biru di gerai yang selalu pergi. Inipun menu baru gerai ini. Makin bertambah menu baru selain laksa, mi kari, laksa, soto, lontong, laksam dan nasi dagang. Di samping menu biasa jumpa iaitu nasi lemak, mi/minum goreng selain kuih-muih. Asal beroperasi di gerai kecil tapi banjir tahun lepas maka berpindah ke deretan kedai berhampiran pasar Durian Tunggal.

Bungkusan Putih Dan Coklat. Nasi Kerabu Bukan Biru



Kuantiti memang banyak. Diasingkan gulai, sambal budu, kerisik dan ulam. Manakala dalam kertas coklat berisi nasi bukan biru, keropok, ayam goreng dan telur masin. Sayang keropok tidak garing.

Isi Dakam Bungkusan Coklat. Nasi Bukan Biru. Keluarkan Separuh Daripada Dalam Gambar



Harga RM6.50. Rasa memang sedap tapi sayang tiada lada solok. Makan 2 kali. Ketika berbuka dan sarapan. 

Kenyang betul. Alhamdulillah.

19 comments:

  1. feveret ni..kekdg mcm x best kalau nasi tak kaler biru...hehe..tapi rasa sama je..

    ReplyDelete
  2. pernah ada kawan wat nasi kerabu color kuning..mcm makan pulut kuning pun ada . rasa samanya plus bahan2 semua...but feeling tu kureng.. solok lada is a must !

    ReplyDelete
  3. Mesti banyak sungguh sampai boleh buat makan dua kali nih.

    Dah biasa makan warna biru, mungkin saya susah sikit nak terima yang tak biru 😁

    ReplyDelete
  4. Keropok ikan wajib ada baru best.

    ReplyDelete
  5. warna memang kasi sedap mata memandang jer

    ReplyDelete
  6. Nampak sedikit ganjil bila nasinya bukan berwarna biru :)
    Jika ada solok Lada, lagi ngam tu NA.

    ReplyDelete
  7. mcm x best je sbb x biru.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Besar portion tu boleh makan 2 kali

    ReplyDelete
  9. Sampai makan 2 kali, mesti banyak portion-nya.
    Solok lada, kena tambah lagi singgit. :)

    ReplyDelete
  10. Di Restoran Yati Ayam Percik, KB.. nasi kerabunya pun tak biru.

    ReplyDelete
  11. Hai NA, moga sihat baik baik sahaja 🌹🌹

    ReplyDelete
  12. Nasi kerabu ni saya suka makan dengan ayam percik, budu lebih hehe.

    ReplyDelete
  13. Sedapkan makan nasi kerabu kalau ada solok lada.

    ReplyDelete
  14. Pernah makan kaler kuning.. sy ok je asalkan yang lain tu rasanya sedap.. solok lada kalau takda, biasanya tak beli ler... kena ada baru syok 🤗

    ReplyDelete
  15. sekali sekali cari jga nasi kerabu tp ciknur tak suka ada budu he hee

    ReplyDelete
  16. Menarik juga nasinya macam nasi hujan panas. Bagus asingkan ulaman. Sayangnya tak ada solok lada pulak. Harga okaylah macam harga standard nasi kerabu.

    ReplyDelete
  17. sedap2..my favourite tooo nasi kerabu ni..paling suka solok lada dia tu..baru umppph gitu bila makan nasi kerabu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.