Thursday, January 12, 2023

Menjadi Salah Seorang 'Kamu Yang Mesra Sepanjang Tahun 2022'

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hadiah pertama dapat daripada penulis  blog tahun 2023 iaitu pemilik blog 'Titian Kehidupan'  --- ujieothman.blogspot.com. Hadiah ini dapat kerana menjadi salah seorang 'kamu yang mesra sepanjang 2022'

Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya walaupun pagi itu hujan turun agak lebat.

Terpampang sampul bungkusan lambang 'Siti Khadijah'. Teruja untuk tahu apa isi di dalamnya.

Bungkusan Merah Hati Siti Khadijah



Ada kertas tertulis produk yang disertakan iaitu stokin coklat paras buku lali dan kantung/bekas kanvas  berzip ( macam beg pensil tapi panjang dan besar lagi) bernama Siti Khadijah Kelarai. Corak abstrak itu yang namanya kelarai. Buka plastik dan belek untuk tengok dan tiada kecacatan. Sempurna.

Dari Kiri Stokin Berwarna Coklat Paras Buku Lali Dan Kantung Kanvas Berzip Corak Kelarai Jenama Siti Khadijah



Tambah lagi koleksi dan boleh guna. Terima kasih Puan Ujie kerana bermurah hati dan meluangkan masa memilih hadiah.

Seronok baca catatan Puan Ujie di blog. Seperti tajuk blognya, 'Titian Perjalanan'. Ia adalah catatan  tempat dilawati, aktiviti dilakukan. Tidak lupa ada juga ulasan buku. Jemput baca blognya.

Jumpa lagi.


30 comments:

  1. wahhh hadiah mahal ni..Tahniah NA sentiasa jadi yang mesra

    ReplyDelete
  2. MashaAllah tahniahh. Terus menjadi seorang yang mesra yaa di tahun baru ini.

    ReplyDelete
  3. tahniah...mesra orangnya awak ni ye.

    a'ahkan kelarai. masa zaman sekolah dulu mesti kena buat anyaman corak kelarai..baru teringat semula. tq

    ReplyDelete
  4. wahhhh mantoppp punya hadiah tahniah NA!

    ReplyDelete
  5. Wah, boleh guna isi telekung, pi masjid, kalau muat.
    Tahniah, NA! :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dah sampai hadiahnya..

    ReplyDelete
  7. Taniah NA.. Alhamdulillah!
    Terima kasih juga NA rajin juga datang jenguk blog ibu.. Semoga sihat selalu ya.. ;)

    ReplyDelete
  8. Ha ah, suka gak baca..biasanya Kalau cerita mesti panjang jugak..cuma tak byk Komen Komen skrg..huhu..Tahniahhhh ye..Syok tu hadiahnya 🤩

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kembali NA 😊
    Beg tu boleh guna untuk isi telekung travel.

    ReplyDelete
  10. tahniah kerana menjadi pengomen mesra blog berkenaan. Rajin mengomen pasti ada hasilnya kan?

    ReplyDelete
  11. Tahniah NA! Saya pun baru dapat tapi belum sempat buat entry

    ReplyDelete
  12. Tahniah kerana dapat hadiah...awak memng layak dan rajin untuk bermesra dengan komen di blog kawan-kawan

    ReplyDelete
  13. Wah tahniah NA Sbb tak putus2 menyinggah ke hampir semua blog hehe

    ReplyDelete
  14. senang berkawan bisa jalin silaturahmi dan rejeki ya kak na...mbul suka corak hadiahnya...cantik agak maroon pastel

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah rezeki NA..
    Terima kasih kerana terus support rakan blogger..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. boleh get ready for tarawih thn ni💪

    ReplyDelete
  18. wah..hadiah brand mahal ni..hehe..tahniah, NA...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah rezeki..tahniah NA....

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Tahniah NA memang mesra :-)

    ReplyDelete
  21. Cantiiik warna merah maroon nya kak 👍. Bisa untuk tas mukena juga Yaa. Congrats buat hadiah nya☺️

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.