بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sedar tidak sedar sudah masuk bulan ke-2 2023.
Ini kesimpulan bulan Januari, hari-hari yang saya lalui.
Awal tahun masih demam, sakit tekak dan hidung tersumbat. Jadi ke klinik lagi. Tidak tahan itu sebab rasa letih, tidak bermaya. Banyak berehat di katil. Mungkin juga kenangan ubat. Ada satu ketika rasa pahit semata-mata sebab silih ganti makan ubat. Dapat5 ubat makan dan ubat titik dalam hidungpun boleh terasa juga.
Kemudian sambut harijadi di hotel awal sehari daripada harijadi. Masa ini rasa ok sedikit. Kebetulan hari terakhir makan ubat untuk petang. Dapat hadiah termometer daripada adik bongsu, teruslah ambil suhu. Alhamdulillah lepas itu tidak demam lagi.
11 Januari dapat hadiah pertama daripada blogger Ujie Othman. Kemudian hari sama pesan makanan sunah sampai. Ikhtiar untuk hidung tersumbat. Pertama pesan melalui COD.
Kemudian ada pesan barang melalui pos dan COD. Kemudian sedar kena guna satu-satu dahulu, tidak boleh serentak. Selain usaha amal baca potongan ayat-ayat al-Quran. Terima kasih kepada bloggers juga yang kongsi.
Tangkap nombor di blog mamapipie dapat RM30.
Hadiri kenduri kahwin pada 1 Rejab.
Terima bungkusan hadiah tukang komen bulan Disember daripada Fieza Sani.
Tukang komen tegar 2022 di blog Shikin Razali.
Oh!Ya, saya sudah mula berjalan laju waktu petang. Kadang-kadang seorang, kadang-kadang dengan anak buah. Suasana yang dingin dengan cahaya matahari lembut buatkan saya berlama-lamaan berjalan menikmati keindahan alam. Macam saya cakap mengapa saya suka bulan Januari. Jalan-jalan itu buat teringat saya buat jalan laju di luar negara. Itu saya buat waktu tengahari sebab cuaca nyaman. Sama perasaannya. Alhamdulillah.
Hujung bulan iaitu 31 Januari, terima hadiah daripada blogger Azhafizah Mohd Nor. Nombor 2 Jurukomen 2022. Hadiahnya pembuat wafel. Mula-mula tengok kotak ingat pembakar roti dikepit dua sebab tiada nama. Belum buat lagi. Hehe bahan tidak cukup. Ingat beli yang siap dalam kotak untuk cuba. Insya Allah.
Kena baiki balik diri sebab Januari tidak buat lansung puasa sunat. Aduh teruk betul! Insya Allah esok Khamis akan mula semula puasa sunat.
Itulah kesimpulan 31 hari dalam Januari.. Azam untuk lebih rajin lawat blog orang terutama yang jarang lawat itu. Insya Allah.
P.S: Mungkin akan buat kesimpulan setiap bulan. Insya Allah.
:Rasa semangat hendak kerap tulis sebab boleh edit dan kecilkan gambar.
Moga Februari dan seterusnya bertambah sihat ye NA...walaupun tak sihat rajin berkunjung tu macam2 hadiah yang dapat..moga Allah berkati kita semua dalam bulan Rejab&syaaban ni panjangkan umur untuk bertemu Ramadhan
ReplyDeletesaya Januari sempat puasa ganti je. Masih lagi tak habis. Berbaki sehari je lagi...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan NA.
Bulan Januari ramai yg tak sihat. Sedikit-sebanyak mempengaruhi mood nak blogging dan blogwalking. Semoga Februari dan bulan-bulan seterusnya lebih indah.
ReplyDeletesedar sedar dah febuari, kan masa pantas berlalu
ReplyDeletesemoga bln kedua ini kan permudahkan urusan kita semua
aaminn
Tahniah NA dapat hadiah lagi 👏🏽
ReplyDeleteBagus kalau dapat amalkan berjalan pantas tu. Baik untuk kesihatan.
Moga hari & bulan mendatang lebih baik utk kita semua 🤲
ReplyDeleteAlhamdulillah dah makin sihat. samalah saya belum berkesempatan puasa. huhu.
ReplyDeletealhamdulillah... dalam kepayahan ada kegembiraan yg buat NA tersenyum
ReplyDeletebetul tu, kejab je masa sekarang ni kan....
ReplyDeletemoga lebih baik lagi pd masa akan dtg...aamiin
smoga dipermudahkan segala urusan...cpt masa berlalu dh masuk feb...tklama lg mac dh nk puasa kan....Pembuat Wafel Mini tu cute la
ReplyDeletebln pertama yg dipenuhi dengan aktiviti dan dikurniakan dgn byk hadiah. Abam Kie pun nak bagi hadiah kpd Na ni! Tahniah! murah rezeki sokmo sbb jadi pengomen tegar bln Jan d blog abam kie. Jom tuntut hadiah yg x seberapa tu....
ReplyDeleteAlhamdulillah, byk benda baik2 berlaku di bulan Januari...
ReplyDeletewahhhh seronok meriah NA jd komen terbyk & dpt hadiah drpd kawan blog. moga cepat sihat sembuh sepenuhnya NA :)
ReplyDeleteAlhamdulillah . Rezeki januari .
ReplyDeletetahniah, Na. rajin yg memberikan keuntungan byk.
ReplyDeletealhamdulillah.
moga februari ni kesihatan tu tip top ye. in shaa allah.
Alhamdulillah.. Murah rezeki bulan Januari ye..
ReplyDeleteKak Na banyak dapat hadiah January lepas 👍😘. Semoga Feb ini rezeki makin melimpah ya kak. Dan cepat pulih lagi kesehatannya 🤗
ReplyDeletesemoga kesihatan NA semakin baik.. conmel la waffle cooker tu
ReplyDeleteMasa amat cepat berlalu ..
ReplyDeleteKita akan rasa rugi dalam perkara kerana tidak sempat untuk melakukannya