Friday, February 3, 2023

Rasmikan Pembuat Wafel Yang Diterima Daripada Azhafizah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada beritahu dalam pos sebelum ini saya terima alat pembuat wafel. Jadinya hari ini baru rasmikan ketika sarapan pagi. Sebenarnya adik saya yang rasmikan sebab anak-anak buah tidak sabar hendak makan wafel. Jadi saya tukang tengok dan ambil gambar.

Hehe cubaan pertama kurang garing  di tengahnya tapi anak buah kata sedap. Saya tidak makan sebab puasa. Lega juga alat berfungsi baik jadi emel pada Fiza alat ini berfungsi baik.

Depan Wafel



Ini pula di belakangnya, letak cip coklat. Jadi coklat ada cair jadi tambah sedap.

Belakang Wafel Dengan Taburan Coklat



Rupanya boleh buat roti kepit juga. Hehe baguslah sebab lagi senang buat. Itu nanti saya buat sendiri apabila berada seorang di rumah.

Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimwrahjambu untuk hadiah ini. Fiza banyak kongsi maklumat pelbagai. Bolasepak tanahairpun ada.

Jumpa lagi.

P.S: Kalau saya buat wafel, saya akan cari yang soap bancuh yang dijual di pasaraya.

20 comments:

  1. saya buat wafel untuk Pia pun guna tepung readymade je NA..cuma tambah telur dan air...sedap juga

    ReplyDelete
  2. Lapar pula petang-petang camni tengok wafel.

    ReplyDelete
  3. Nanti post la gambar bila buat roti kepit tu ye NA.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa! zaty kalau buat mesti tak jadi ni hahahahah

    ReplyDelete
  5. Wah.. bagusnya fiza bg hadiah yg bermanfaat utk seisi keluarga.. kalau sy beli premix pancake adabi tu utk buat waffle kt umh.. ready nutella & peanut butter je.. tahniah NA

    ReplyDelete
  6. Wah, dah ada waffle maker. Sedapnya tengok waffle! :D
    Senang juga, sebab ada jual tepung adunan instant.

    ReplyDelete
  7. sedapnya...wahh, boleh makan waffle puas2..kalau beli kt kedai, x cukup satu..hihi..

    ReplyDelete
  8. Menarik . Kegunaan dua dlm satu yer . Kepit roti boleh . Bt wafer pun boleh juga

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah selamat dirasmikan :D

    ReplyDelete
  10. Thank you for sharing.
    www.rsrue.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. lps ni bleh mkn dgn aiskrim pulak👍

    ReplyDelete
  12. tahniah, wina.
    bertuah sgt :)
    waffle sapu coklat & peanut butter = sedap!

    ReplyDelete
  13. Nice nya...Best dapat hadiah Gini ✅

    ReplyDelete
  14. Klau buat roti sardin sedap juga ni..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Mengancam sungguh waffel tu.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Saya jadi teringin nak beli juga. Tapi karena saya pun tak terlalu pandai dalam hal masak, untuk adonannya memang lebih bagus beli yang siap pakai saja 😄. Tak bakal gagal 🤣

    ReplyDelete
  17. suka dapat hadiah yang macamni,berguna sangat..

    ReplyDelete
  18. yummy sedapnya.. campurkan dgn peanut butter pehh

    ReplyDelete
  19. sedapnya.. lama tak makan wafel. buat sendiri boleh tambah jem ikut suka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.