Wednesday, March 15, 2023

Tiba-Tiba Sudah Sampai - Moga Dirahmati Dan Disayangi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjumpa kembali setelah seminggu pos terakhir. Biasalah ada turun naik dalam menulis. Kadang-kadang rajin, kadang-kadang kurang rajin.

Tiba-tiba selamat tiba hadiah yang dikatakan status 'Pending' dalam sistem. Buat lawak ke apa ingat belum proses lagi. Alhamdulillah dapat kotak hitam yang tertulis di atasnya 'Moga Dirahmati Dan Disayangi'.

Kotak Hitam Dengan Tulisan ' Moga Dirahmati Dan Disayangi'


Buka sahaja ada penanda kalendar 2023 dan ucapan. Dalam kotak terdapat tasbih 100 biji warna-warna lembut tapi warna utama biru muda dan merah jambu. Hadiah untuk pengomen utama bulan Januari dan Februari 2023. Maka 5 kali berturut-turut. 

Tasbih 100 Biji Dengan Nama Sendiri☺



Terima kasih kepada pemilik blog fiezasani.xyz (unik hujung domain xyz ini, tertanya-tanya juga dalam hati mengapa pilih xyz) atas hadiah tasbih siap ada nama lagi . Ini suruh saya rajin zikir selalu. Hehe. Insya Allah doakan saya rajin siang malam baca zikir.

Jumpa lagi.

22 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah NA...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada rezeki tu,,,hadiah memang mengembirakan

    ReplyDelete
  3. Tahniah NA... begitulah kan menulis blog ni ada trn naiknya.. sy pun begitu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah hadiah dah sampai..Kenapa xyz?haha..Husband yang beli kan domain ni..Dia cakap senang nak ingt sbb org lain semua dot com..blog k.fiezz je dot xyz...so macam unik gitu...

    ReplyDelete
  5. Tahniah NA, memang NA layak terima hadiah sebagai penghargaan sebab rajin sokong rakan-rakan bloggers.. Semoga NA terus diluaskan pintu rezeki..

    ReplyDelete
  6. tahniah kerana NA selalu saja bertuah utk dpt hadiah. Keep it up!

    ReplyDelete
  7. Tahniah, NA, dapat hadiah pengomen terbanyak.
    Thank you juga, sebab selalu datang komen kat blog saya. :)

    ReplyDelete
  8. Rezeki NA.
    Cantik tasbih tu custom made nama NA lagi
    Moga berganda pahala yang memberi setiap kali NA bertasbih

    ReplyDelete
  9. Kak Na memang rajin memberikan komen, bahkan di blog saya juga. You deserve dapat hadiah nya kak Na 😘. Cantiiik tasbihnya.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. boleh guna tasbih di bulan puasa ni

    ReplyDelete
  11. selamat beramal kak. tahniah dapat hadiah

    ReplyDelete
  12. tahniah dana. mmg rare xyz tu kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.