Monday, January 8, 2024

Ada Juga Rezeki

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Alhamdulillah tanpa disangka dapat parcel daripada Mrs. A sebabnya tidak tahu bila Mrs A hantar. Orang yang ambil parcel depan pagarpun tidak beritahu. Tertengok masa naik tangga ada parcel baru. Ingat orang lain punya. Tengok-tengok nama sendiri. Mula-mula terfikir siapalah penghantarnya sebab dapat bungkusan Siti Khadijah.

Bungkusan Siti Khadijah



Terus tidak sabar-sabar buka. Alhamdulillah dapat sejadah mini. Nama penuhnya Nyaman Quilted Mini Sejadah Black. Sejadah mini ada dalam satu beg berzip. 

Nyaman Quilted Mini Sejadah Black



Perasan ada satu lagi hadiah dalam beg berzip iaitu esen minyak wangi tanpa alkohol 2 ml. Terus rasmi pakai sembur pada baju.

Esen Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2ml



Terima kasih kepada pemilik blog Mrs. A yang hadiahkan mini sejadah sebagai salah seorang tukang komen 2023. Terharu terpilih sebab kedudukan nombor 5. Mrs. A memilih 7 orang pemenang utama.

7 Tukang Komen Utama 2023




Nampaknya pembukaan 2024 sebagai terima hadiah untuk tahun lepas.

Korang boleh lawat blog mrsablogstori.com untuk berkenalan dengan empunya badan yang duduk Seremban. Ceritanya santai dan berkisarkan hal peribadi penulis. Senang untuk dibaca.

25 comments:

  1. Tahniah...seronoknya dapat hadiah..especially bila rajin kan...SA je kelaut dalam..sibuk dengan kerjaya

    ReplyDelete
  2. Sejadah kecil jika dibawa bepergian ringkas ya Kak Na, senang bisa mendapat rejeki di awal tahun dari kawan sesama blogger. Semoga silaturahim tetap terjaga ^^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Tahniah Na 👏🏽

    Rezeki awal tahun.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah selamat sampai.
    Terima kasih NA selalu berkunjung ke blog Mrs. A

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Rezeki awal tahun yang singgah bermakna. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. wahhhh seronok tengok NA dpt hadiah sbb jd top komentator di byk blog kawan-kawan hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah kerana dapat hadiah dan ia tanda ukhuwah sesama blogger

    ReplyDelete
  8. wahhh.. hadiah thn baru ye. sana sini akak tgk org terima hadiah. kalau rajin tu la kan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah kak! Best hadiah

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak NA. Selamat tahun baru. Lama tak BW. Nanti saya jalan-jalan lagi ye

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah, melimpah ruah rezeki blogging awal tahun ni ye NA 😊

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..bestnya. tahniah!!!

    ReplyDelete
  14. tahniah NA!
    tu laa sy pun dok fikir
    sapa laa yg hntr parcel ni
    nasib baik teringat Mrs A ada minta alamat hari tu...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah dan tahniah ya...kerana dapat hadiah yang sungguh bermakna

    ReplyDelete
  16. Tahniah, NA. Cantik, sejadah mini. Hasil quilted mesti lembut bila sujud. Wah, esen minyak wangi pun ada. :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah.
    Saya dah lama tak jadi pengomen tegar macam ni. Tak dan..

    ReplyDelete
  18. Congraaaats kaaak. Ditambah pula Januari bulan birthday kakak... Memang rezeki kan 😄👍

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah rezeki permulaan 2024 dapat hadiah pengomen tegar tahun lepas. Mesti best baunya tu. Belum pernah cuba lagi pati minyaknya.

    ReplyDelete
  20. cantik can comel sejadah boleh bawa pi travel. tahniah na

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.