Tuesday, March 25, 2025

Malasnya...

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apa yang malas itu? Malas nak balik kampung Jumaat ini. Malas nak kemas beg bawa barang. Rasa seronok dalam bulan Ramadan ini, berseorangan, puasa, buka puasa makan sedikit sahaja sudah kenyang, lepas itu mengantuk datang pukul 9 malam lebih. Lepas itu Zzzzz...dengan lena. Pukul 3 pagi terjaga. Rasa puas tidur. Btw, saya tinggal seorang di rumah sejak 2 minggu lepas.

Kembali pada rutin makan macam biasa selepas habis Ramadan yang rasa tidak sanggup. 

Oklah korang bukan niat untuk bunuh semangat raya korang dan semangat balik kampung tapi terus-terang saya suka bulan Ramadan. Sebelum masuk bulan Ramadan memang rasa cemas sebab mampu ke hadapi tapi apabila masuk rasa macam takmo keluar.

Jumpa lagi. Selamat mengejar lailatulqadar.


12 comments:

  1. Ayattt sama la kita he hee adoiii kan malasnya 🤭malas
    Serba serbi
    Memang lepas isyakk je kena lena duluu kaluu tak tak jalan kerja

    ReplyDelete
  2. Saya pun sebenarnya taklah bersemangat nak balik kampung atas faktor tak suka tempuh sesak jalan raya masa raya. Lagi pulak perjalanan kami jauh dari hujung utara ke hujung selatan. Tapi sebab setahun sekali, hadap jelah.

    Saya masih ada misi Ramadan yang belum terlaksana. Itu yang rasa sedih Ramadan bakal berlalu.

    ReplyDelete
  3. linda pula, seronok nak balik kampung...tapi, malas nak mengemas...hihihi

    ReplyDelete
  4. Takpe kak kemas apa yang patut je...

    ReplyDelete
  5. eh sama la kita. ye malas nak berkemas. angkut beg susun barang. lagi pula kami balik dua tempat. penat sangat. mujur raya setahun sekali

    ReplyDelete
  6. Malas juga nak mengemas huhu...
    Betul, sayang nak tinggalkan Ramadhan :(

    ReplyDelete
  7. sedih sebenarnya bila ramadhan dah hampir meninggalkan kita.. :( :( :(

    ReplyDelete
  8. Sama kita. Saya pun malas nak balik kampung suami, jauh tu. Huu.. mesti jalan jammed.
    Best betul, duduk seorang di rumah. Rasa bebas dan boleh buat apa kita suka. Jelesnya! :D
    Hujung-hujung ni, baru saya ada rasa sedih sebab ramadan dah nak berakhir. Sayu rasa di hati.

    ReplyDelete
  9. ana ni nasib baik blm kawen & tggl dgn mak abah.. jd cuma malas nak kemas rumah je lah tp ada juga smgt nk kemas sbb rindukan anak saudara utk balik raya.. tp dlm masa sama mmg sayu rasa ramadhan dah nak habes :(

    ReplyDelete
  10. Saya tidak sanggup tinggal seorang diri...memang rasa sunti dan bosan sangat

    ReplyDelete
  11. Mrs. A tang mengemas beg tu memang malas tapi nak balik kampung tak sabar

    ReplyDelete
  12. Kalo nak jujur, saya sukaaaa sangat ramadhan, dan tidak terlalu semangat menghadapi idul Fitri kak. Bagi saya, idul Fitri sama macam hari2 lain. Malah jadi hari2 kerja buat saya sebab asisten saya mudik 3 Minggu 🤣🤣🤣.

    Makanya kalo dah idul Fitri, maknanya, saya hrs siap2 kerja rumah sendiri tanpa bantuan asisten.

    Inilah kenapa saya selalu menunggu hari2 sampai asisten balik. Tak sempat nak beraya2 😂

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.