بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sedar tidak sedar sudah 13 Syawal. Penghujung Ramadan hingga 9 Syawal saya memang tidak buka blog. Saya memang tiada internet guna internet rumah. Lagilah adik ambil bawa balik kampung ke Kelantan. Hehe dapatlah puasa daripada dunia siber.
Rasanya Ramadan yang terbaik, seronok dan menenangkan untuk saya. Rutin yang berbeza daripada Ramadan tahun-tahun lepas. Harap Ramadan tahun hadapan makin bagus daripada sebelumnya.
Raya? Ok sahaja. Baju raya tidak sempat hantar untuk raya. Tapi saya banyak baju kurung raya jadi pakai yang jarang pakai.
Apapun seronok baca pengalaman raya rakan-rakan bloggers tahun ini.
Selamat menjalani puasa 6 Syawal.
barud dapat 2 hari untuk puasa 6. minggu depanlah sambung.. harap sempat
ReplyDeleteSelamat Hari Raya NA..
ReplyDeleteRaya saya setakat balik kampung sehari dan selebihnya di rumah sebab cuti sekolah hanya seminggu. Cukuplah janji saya dapat jumpa sepupu di kampung.
Bagus juga bila tak online lama, kurang benda nak fikir. Saya pun kalau tak online, rasa lebih tenang juga. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, tumpang seronok baca Ramadan baru ni, yang terbaik dan menenangkan buat Na.
Selamat Hari Raya
ReplyDeleteMaaf Zahir Batin andai ada tersilap kata ye NA.
Setiap tahun mengharapkan Ramadhan yg kita lalui adalah yg terbaik hendaknya 🤲🏻
Tenang is good. Seronok dalam keadaan tenang di bulan Ramadan. Raya saya pun biasa je. Kita pakai apa yang ada saja.
ReplyDeleteAna pun rasa Ramadhan lebih seronok
ReplyDeleteMinal Aidin wal Faizin ya kak NA ☺️. Minta maaf lahir bathin .
ReplyDeleteSaya pun pakai baju raya yg masih bagus saja. Memang malas nak beli2 😂. Selama puasa THN ini saya berhasil tak kluar2 kecuali sekali, buka puasa di rumah teman suami. Itu pun saya mau, Krn diadakan di rumah. Jadi sholat tak susah.
Salam Aidilfitri..Maaf Tersalah Tersilap Sepanjang Kenal dalam Dunia Blogging ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah mendapat Ramadan yang tenang.. Semoga dipanjangkan usia ke Ramadan Dan Syawal seterusnya..Aamin!
salam aidilfitri
ReplyDelete