Tuesday, April 15, 2025

Sented Candle

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Benda yang buatkan hati berbunga-bunga apabila mendapat sesuatu berbau wangi. Tidak dapat digambarkan perasaan itu.

Kotak Sented Candle


Kali ini saya dapat lilin wangi! Huhu dapat masa Sabtu lepas kenduri kesyukuran masuk rumah baru, pergi haji dan raya. Moga murah rezeki tuan rumah. Hadiah lain dapat buku tajuk Surah Pembuka Rezeki dan Rahmat Allah. Saya percaya tuan rumah ini amalkan amalan dianjurkan untuk murah rezeki. Terima kasih orang yang baik! Selain itu dapat pulut kuning dengan rendang ayam. Ini anak buah makan. Mengulang makan maka memang sedap.

Meh tunjuk gambar lagi sebagai penghargaan dan kenangan.

Pandangan Atas



Corak batik.

Pandangan Depan



Buka bekas alumium ada lilin berisi kelopak bunga.

Bahagian Dalam




P.S: Bukan patutnya nama Scented Candle ke? 




11 comments:

  1. Ha ah, sepatutnya nama Scented Candle. Saya tak pernah ada lagi lilin wangi ni. Macam sayang pula nak nyalakan, sebab cantik. :)

    ReplyDelete
  2. Bauan apa tu kak wina? Itulah, saya rasa scented juga. Copy ori mungkin sebab tu ejaan silap. Seronok tu dapat macam-macam. Lilin tu pun menarik ada taburan kelopak bunga ye. Ke titisan lilin lain yang berwarna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau bunga ros. Mungkin juga copy ori. Haah kelopak bunga sahaja, takde titisan lilin berwarna.

      Delete
  3. kadang2 nak guna lilin wangi nie...nak bagi bau lain sikit dekat rumah

    ReplyDelete
  4. Hi..Ejaan bawah tu yang betul...saya pun google...

    ReplyDelete
  5. betul lah tu scented candle hehehe

    ReplyDelete
  6. yang penting dapat khasiat dan manfaat..tidak mengapa dengan apa-apa nama

    ReplyDelete
  7. Cantik menarik bekasnya.

    Patutlah saya rasa hairan dengan ejaan tajuk entri NA 😄. Rupa-rupanya ikut ejaan pada pek produk.

    ReplyDelete
  8. Emang seharusnya scented. Tp mungkin di pembuat lilin wangi nak buat brand khusus , dengan mengubah kata aslinya, menjadi dlm ejaan Melayu 😄.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.