Thursday, August 21, 2025

Kopi Sihat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tengok tulisan orang pergi kafe minum kopi, sayapun ada keinginan juga.

Saya sebenarnya lama berhenti minum kopi sebab ada masalah angin. Jadi sayapun terfikir untuk cari kopi sihat.

Itu blogger Tot suruh saya ceritakan kopi sihat. Kopi sihat bagi saya ia beri vitamin, nutrien yang diperlukan tanpa kesan tidak baik.

Saya baru sahaja dapat parcel hari ini. Saya pesan hari Isnin dapatnya Khamis. Jadi belum cuba lagi.

Better Cafe Kopi Campuran Gam Arab Dan Barli Serta Ubi Bit Merah
Better Cafe Kopi Campuran Habatussauda 



Kopi pracampuran dengan gam Arab, barli dan ubi bit merah. Sihatkan kopi ada bijian dan sayur-sayuran?

Beli 4 kotak (4x15 sachet) dengan percuma 12 sachet kopi pracampuran habatussauda.

Ini beli di wowshop bersama parcel lain iaitu syampu bidara. Harga asal RM109 untuk kopi ini tapi guna baucer dan diskaun jadi murah.

Esok nak mula cuba minum. Cuba mana satu dahulu ya? Kopi gam Arab atau kopi habatussauda?


15 comments:

  1. ooo ada erk kopi sihat....nak skodeng la...kalau ok bleh beli sebab SA pun ada masalah angin

    ReplyDelete
  2. kopi gam arab 1st time dgr...smoga tk angin la minum kopi tu..kita tkleh minum kopi nanti payah nk tido

    ReplyDelete
  3. Masya-Allah, ada yek, kopi macam ni. Ketinggalan betul saya.
    Cer NA try kopi gum Arab dengan barli tu dulu. 😊
    Saya ganti NA la. Sudah hari ke-7 hari ni, saya tak minum kopi. Hehe..

    ReplyDelete
  4. kopi habbatussauda pernah dgr, kopi Arabic Gum x pernah jumpa...selamat menikmati kopi..

    ReplyDelete
  5. Baru tau ada kopi versi sihat. Moga sesuai dengan NA, dapatlah kembali menikmati kopi.

    ReplyDelete
  6. Sama jugak macam saya. Bila salah minum kopi, angin satu badan. Lagi-lagi kopi murah. Nasib baik jumpa kopi yang serasi.

    ReplyDelete
  7. Sedap tak kak? Saya kalo nak kopi sehat, biasanya cukup Americano tanpa gula. Sebab kopi saja, tanpa campuran apa2, sebenernya sehat, Krn tubuh pun perlu kafein, dalam jumlah yg tidak berlebihan yaa.

    Pernah coba kopi campur halia, katanya sehat, tapi masalahnya, saya tak sanggub menelan 😅😅.

    ReplyDelete
  8. Pertama kali dengar kopi sihat...harap sedap dan menyihatkan

    ReplyDelete
  9. Wow, menarik campuran kopi ni. Nanti bolehlah kak Wina review satu-satu. Kopi sihat kalau bagi manfaat boleh diamalkan.

    ReplyDelete
  10. lepas dicuba, rasa-rasa yg mana sedap? kopi gam atau habatussauda

    ReplyDelete
  11. Pencinta koli memang susah laa nak tinggalkan kopi ..sehari tak minum jadi macam tak keruan dibuatnnya

    ReplyDelete
  12. Ohh dh lama tak tgk channel wow shop.. ada rupanya kopi sihat ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.