Saturday, September 6, 2025

Rezeki Percuma

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tadi pergi kedai tomyam untuk mak ambil sewa. 

Dapat penyewa yang pemurah bagi makan percuma. Memandangkan saya puasa hari ini, saya bungkus nasi putih, paprik campur dan teh tarik. Penyewa itu pula baru balik dari kampung halaman di Thailand, dapat kacang tumbuk juga.

Rezeki Percuma



Plastik kuning itu beli cili api dan 1 bekas jagung muda dapat 2 bekas percuma. Pekedai iru tengok ada jagung muda kurang elok jadi dia bagi 2, kata guna yang elok. Alhamdulillah jujur pula. RM3.00 untuk sebekas jagung muda (RM2.20) dan cili api (0.80 sen)

Wednesday, September 3, 2025

Kejar 34, 343,434 - Menang Duit Dan Hadiah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sebenarnya tidak tahu hendak letak tajuk apa. Rezeki untuk menang walaupun terlebih 3 nombor. SK anjurkan untuk pengunjung 34, 343, 434 tapi saya dapat ambil tangkap layar 34, 343, 437 pada pukul 5 petang 30 Ogos.

Tangkapan Nombor 



31 Ogos diumumkan pemenang dan dapat duit RM34 dimasukkan ke akaun.

Hari ini dapat hadiah misteri. Menunggu dan ternanti dapat barang apa itu yang mengujakan.

Bungkusan Lutsinar Boleh Nampak Perkataan Dessini

Kotak Depan



Periuk Dessini 20 cm. Saya dapat warna coklat. Memang kena pasang tombol sendiri. Comel, tidak terlalu besar sesuai untuk saya selalu seorang diri di rumah.

Isi Dalam Kotak



Terima kasih SK atas hadiah diberikan. Ini kali ke-2 saya menang tangkap nombor di blog SK. 


P.S:  Alhamdulillah barang selamat sampai. Susah betul nak buka bungkusan belon itu. Ketat tukang jual letak selotep.
Hehe nak mula dengan masak mi segera dahulu.