Saturday, September 6, 2025

Rezeki Percuma

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tadi pergi kedai tomyam untuk mak ambil sewa. 

Dapat penyewa yang pemurah bagi makan percuma. Memandangkan saya puasa hari ini, saya bungkus nasi putih, paprik campur dan teh tarik. Penyewa itu pula baru balik dari kampung halaman di Thailand, dapat kacang tumbuk juga.

Rezeki Percuma



Plastik kuning itu beli cili api dan 1 bekas jagung muda dapat 2 bekas percuma. Pekedai iru tengok ada jagung muda kurang elok jadi dia bagi 2, kata guna yang elok. Alhamdulillah jujur pula. RM3.00 untuk sebekas jagung muda (RM2.20) dan cili api (0.80 sen)

19 comments:

  1. Alhamdulillah...rezeki orang bagi percuma. Untung sangat dapat penyewa yang bagus, pemurah dan jujur. Dapat juga ole-ole dari Thailand.

    ReplyDelete
  2. Rezeki tak payah susah2 nak masak, orang dah bagi makanan hehe;

    ReplyDelete
  3. Meriah rezekinya tu.
    Bagus peniaga tu, jujur dan tak berkira. Moga² bertambah luas dan berkat rezekinya

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya tak nampak kacang tumbuk dalam paket tu, NA. Alhamdulillah, rejeki.

    ReplyDelete
  5. makanan dari Thai sedap2 belaka. Mmg org thai ni suka cipta resepi baharu sokmo. Lama x dtg melawat ke sini..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki orang baik..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kacang tumbuk. Lama dah tak makan, tak jumpa orang jual.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semoga bertambah rezeki penyewa yg memberi tu

    ReplyDelete
  9. Waaah bersyukur dapat penyewa yg baik ya kak Na. ☺️. Kacang tumbuk nih dah lamaaaa sangat saya tak makan. Sedap lah memang

    ReplyDelete
  10. Singah sini..ada ramai yang baik jujur, cuma kita tak jumpa, begitu juga blog..ramai blogger yang baik termasuk Na. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Apa-apapun itulah rezeki sebenarnya...terima saja dengan hati yang gembira

    ReplyDelete
  12. hi, lama tak singgah blog ni... saya dah tukar ke link baru sudi kiranya follow saya di link ni : https://penulisanyus.blogspot.com/ terima kasih

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah rezeki akak utk berbuka puasa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.