Wednesday, October 15, 2025

Beli Arwaa Mi Tarik Opah X Wowshop

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Pesan hari Khamis lepas hari ini (Rabu) baru dapat. Alhamdulillah.

Teringin hendak cuba produk daripada artis Ardell dan suami.

 


Kotak Depan : Arwaa X Wowshop


Buka kotak (unboxing) 

2 Kotak × 5 Bungkus Mee Kari Opah, 2 Kotak × 5 Bungkus Mee Sup Tulang Opah, 1 Kotak × 5 Bungkus Mee Teow Tomyam Opah, [PERCUMA] 4 Bungkus Mee Bandung Opah 



1 bungkus mee bandung Opah sudah beri pada Abah yang bawa balik kampung.

Bukan mi segera tapi mi tarik yang kena masak. Ada cara memasak di belakang.

Harga RM119 tapi saya dapat diskaun dan bayaran semula cuma bayar RM98.

Sebenarnya saya ingat nak cuba hari Sabtu atau Ahad lepas tapi barang tidak sampai lagi. Hari ini pula saya buat spageti tomyam berkrim. Jadi lain kali tunggu waktu sejuk.

Spageti Tomyam Berkrim



Korang pernah makan?
Korang cadang saya cuba mana dahulu?


22 comments:

  1. Tak pernah cuba dan baru first time tengok...

    ReplyDelete
  2. linda tak pernah cuba lagi..nanti boleh cuba cari kot

    ReplyDelete
  3. Belum pernah try...nnt bagi feedback tau...try mee bandung dulu...

    ReplyDelete
  4. Kita dah order tapi belum bayar, hahaha. Banyaknya Na beli.

    ReplyDelete
  5. Tahu yang Ardell ada produk sendiri. Produk mee tarik rupanya. Saya tak pernah cuba. Cer NA try mee kari dulu. 😊
    Rajin, NA masak spagetti tomyam. 😋

    ReplyDelete
  6. Asalamualakum, saya nak maklumkan hadiah dah ada ,.esok akan di poskan ya. Semoga sampai dengan selamat aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mungkin tiada di rumah tapi harap-harap parcel itu sampai hari Isnin atau Selasa.

      Delete
  7. Baru tahu ada produk ni, pasti laris di area sana kan..

    ReplyDelete
  8. macam unik je mee tarik ni. belum pernah makan dan harus dicuba nanti!

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba lagi ni, sedap tak?

    ReplyDelete
  10. Semoga sampai di tempat ditujukan ya..gembira saya jika niat memberi sampai pada orangnya

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tahu produk jenama Opah ni. Nanti NA buatlah review ya.

    ReplyDelete
  12. Pekerja tu kata Isnin baru gerak ( 21/10/2025) kebetulan cuti Deepavali lagi, harap sampai kiriman saya ya. Doakan selamat, kerana kiriman tu agak bernilai juga..amal jariah memberi. Ya Allah selamatkan sampai kepada Blogger Na. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. Klik blog saya baca ruangan komen ya Na..maaf ganggu..

    ReplyDelete
  14. Nona Baru makan Mee Kari Opah baru ni .. Beli tu je... Sedappppp Mee Kari nya!! Cukup rasa Kari pekat Dan pedas manja...Nyummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, Nona bagi pendapat tentang rasa. Itulah rasa tidak sabar untuk cuba mi kari. Insya Allah.

      Delete
  15. belum pernah cuba lagi.. mungkin sedap kut.. hehe

    ReplyDelete
  16. Wah saya jadi penasaran, seperti apa cira rasanya

    ReplyDelete
  17. cikbunga tak pernah lagi ... dulu order kat wow shop adalah alquran ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.