Sunday, December 28, 2025

Hujan Lebat Ketika Kenduri Kesyukuran

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

27 Disember (Sabtu) kenduri kesyukuran di rumah Mak Lang, Jelai 3 Negeri Sembilan. Ada bacaan Yasin dalam pukul 10 pagi lebih. Hujan ketika itu renyai, kejap ada kejap berhenti.

Bacaan Yasin Dalam Rumah Anak Mak Lang (Rumah Melekat Sebelah Rumah Mak Lang)



Makan dalam pukul 12 tengahari. Saya ambil rebung masak lemak, daging dengan pucuk pisang muda, sayur pucuk ubi dengan sambal gila, masak lemak labu, masak lemak nangka muda dengan ikan masin dan acar rampai. Banyak lauk diambil. Itupun ada lauk tidak diambil macam ayam goreng dan rendang ayam. Kali ini lauknya tidak pedas seperti sebelum ini.

Pinggan Saya



Mula lepak di khemah makan. Kemudian lepak pula di luar beranda rumah. Sinipun ada orang makan. Seronok ada angin bertiup.

Ada Yang Lepak Makan Di Sini

Lepak Di Lantai Dan Tepi Rumah- Masa Ini Belum Hujan Lebat



Kemudian hujan lebat sangat sampai kena tunggu reda dalam pukul 2 juga baru boleh redah masuk kereta untuk pulang.

Sampai ke Tampin, rumah kampung dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah atas rezeki.

P.S: Sebelum ini Mak Lang ada buat kenduri tahlil pada Januari 2025 dan ini waktu cuaca cantik.


9 comments:

  1. Alahmdulilah, dapat menyantuni family kenduri, masa ni lah rapoatkan silaturahim kan..

    ReplyDelete
  2. W’salam NA..
    Alhamdulillah selesai sudah majlis kenduri. Semalam dan hari ini hujan agak lebat tapi cepat reda.. Sambung pula hujan malam hari. Syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah hujan rahmat tu...
    Seronok kenduri keluarga begini, dapat jumpa saudara mara

    ReplyDelete
  4. Banyaknya pilihan lauk, makan dengan gembira ni 😀
    Di utara ni dah beberapa hari panas.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, banyak lauk kampung. Mesti sedap-sedap. Hujan rahmat turun.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya lauk-pauk kenduri. Sekarang ni memang musim hujan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. hujan rahmat .. makan sambil menikmati hujan ..angin..

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru, NA. NA salah satu top pengomen di blog saya. Nanti singgah blog ya. 😊

    ReplyDelete
  9. Sedap2 nampaknya menu kenduri kesyukuran ini kak 😍😍😍. Ada rebung pula. Sukaaa sangat ini .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.