بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
27 Disember (Sabtu) kenduri kesyukuran di rumah Mak Lang, Jelai 3 Negeri Sembilan. Ada bacaan Yasin dalam pukul 10 pagi lebih. Hujan ketika itu renyai, kejap ada kejap berhenti.
Makan dalam pukul 12 tengahari. Saya ambil rebung masak lemak, daging dengan pucuk pisang muda, sayur pucuk ubi dengan sambal gila, masak lemak labu, masak lemak nangka muda dengan ikan masin dan acar rampai. Banyak lauk diambil. Itupun ada lauk tidak diambil macam ayam goreng dan rendang ayam. Kali ini lauknya tidak pedas seperti sebelum ini.
Mula lepak di khemah makan. Kemudian lepak pula di luar beranda rumah. Sinipun ada orang makan. Seronok ada angin bertiup.
Kemudian hujan lebat sangat sampai kena tunggu reda dalam pukul 2 juga baru boleh redah masuk kereta untuk pulang.
Sampai ke Tampin, rumah kampung dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah atas rezeki.
P.S: Sebelum ini Mak Lang ada buat kenduri tahlil pada Januari 2025 dan ini waktu cuaca cantik.





Alahmdulilah, dapat menyantuni family kenduri, masa ni lah rapoatkan silaturahim kan..
ReplyDeleteW’salam NA..
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah majlis kenduri. Semalam dan hari ini hujan agak lebat tapi cepat reda.. Sambung pula hujan malam hari. Syukur alhamdulillah..
Alhamdulillah hujan rahmat tu...
ReplyDeleteSeronok kenduri keluarga begini, dapat jumpa saudara mara
Banyaknya pilihan lauk, makan dengan gembira ni 😀
ReplyDeleteDi utara ni dah beberapa hari panas.
Alhamdulillah, banyak lauk kampung. Mesti sedap-sedap. Hujan rahmat turun.
ReplyDeleteSedapnya lauk-pauk kenduri. Sekarang ni memang musim hujan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hujan rahmat .. makan sambil menikmati hujan ..angin..
ReplyDeleteSelamat tahun baru, NA. NA salah satu top pengomen di blog saya. Nanti singgah blog ya. 😊
ReplyDeleteSedap2 nampaknya menu kenduri kesyukuran ini kak 😍😍😍. Ada rebung pula. Sukaaa sangat ini .
ReplyDelete