Friday, January 2, 2026

Menaiki Bas Ke Pekan Tampin Dari Rumah Uwan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

28 Disember 2025

Di kampung di Tampin, saya suka ke pekannya naik bas. Dari perhentian depan Masjid Kariah Repah tambang ke pekan sebanyak RM0.90 atau RM1.00.

Jalan Kaki Cuaca Pagi Berkabus


Perhentian Bas Depan Masjid Kariah Repah



Ini coretan untuk pergi gunting rambut. Temujanji pukul 10 pagi tapi keluar awal sebelum pukul 8 pagi. Saja takut hujan lebat (ikut ramalan)

Pukul 8 pagi lebih dah sampai. Singgah Bank Islam.

Kemudian ke Mydin Pulau Sebang. Menyelusuri bawah kedai-kedai sebagai teduhan. Cuaca mendung. Pergi surau di Mydin sekejap. Ketika berjalan, keadaan lengang, kedai-kedai belum buka. Saya suka pergi awal waktu orang kurang.

Kedai-Kedai Belum Buka



Dalam Surau





Selepas laksanakan segala perkara, keluar daripada bangunan Mydin. Hujan sederhana. Terpaksa redah guna beg plastik beli-belah. Berjalan menuju ke kedai gunting rambut yang tidak jauh daripada Mydin. Niat untuk tunggu depan kedai gunting rambut. Belum pukul 10 pagipun ketika itu. Rezeki dapat gunting awal pada pukul 9:15 pagi ketika itu dan selesai pukul 10 lebih. Hujan masih turun. Niat nak pergi ke Richeese. Pergi sana, kecewa sebab menu set yang saya nak tiada. Masa sejuk-sejuk terfikir nak makan bersup atau laksa. Pergi ke Restoran Melati, tiada laksa. Patah balik ke Mydin tetiba rasa perlu habiskan MySara. Masuk beli-belah. Keluar tengok keadaan hujan lebat. Lepak sambil baca suratkhabar. Masa ini sudah pukul 12 lebih. Lapar. Kena cari makan. Pergi ke medan selera Mydin pula akhirnya. Medan selera berbeza daripada lawatan saya sebelum ini. Sudah berwajah baru. Nampak ada stesen jual laksa tanpa fikir panjang terus pesan. Kemudian pesan teh tarik pada stesen minuman.

Duduk Depan Gerai

Gerai Sajian Sup, Bubur, Laksa Dan Mee Kari

Harga Makanan

Laksa Dan Teh Tarik


Laksa itu kuantiti tidak terlalu banyak. Jadi tidak rasa terpaksa habiskan.
Keluar keluar balik keadaan masih hujan. Fikir-fikir baik solat Zohor dahulu sebelum balik. Alhamdulillah lepas solat, hujan berhenti terus. Balik lalu semula ke kedai gunting rambut.

Lalu Semula- Kedai Gunting Rambut Bayu Perdana



Singgah Mr.DIY. Kemudian masuk kedai kurma, beli kurma madu 3 kotak. Kemudian menapak ke Perhentian Pulau Sebang.

Beli Kurma Madu Di Sini

Dari Kejauhan Perhentian Pulau Sebang


Pulau Sebang Sentral



Naik bas, selamat sampai pukul 2:30 petang. Alhamdulillah tujuan utama potong rambut tercapai.🙂

Gembira cara sendiri. Salah satu cara untuk bersendirian dan berjalan banyak.

10 comments:

  1. Dulu masa PJJ, husband dekat Melaka, memang selalu la lalu Mydin tu, sebab turun dekat KTM dari Batu Caves..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya naik bas ke pekan. Antara perkara yg saya rindu nak buat semula di hometown Sy NA...

    ReplyDelete
  3. Enjoy juga keluar solo, naik bas ni. Awal NA keluar. Saya pun pernah ke Ipoh naik bas dari Manjung. Seronok jalan². 😊 Rasa nak pergi Mydin pula baca entri NA ni.

    ReplyDelete
  4. best tu naik bas. zaman akak dah berlalu.

    ReplyDelete
  5. Jalan sendiri itu asyik sebenernya. Saya pun sukaaaa. Apalagi dulu zaman belum nikah. Terkadang menikmati waktu dengan nonton sendiri, jalan sendiri. Saya sukaa memang menghabiskan waktu me time sendiri.

    Laksa memang sesuai jika tidak terlalu banyak. Apalagi laksa Penang begini. Takut begah pula kalau banyak sangat 🤣

    ReplyDelete
  6. "Seronok baca pengalaman naik bas ke pekan, terasa macam ikut sama berjalan dalam suasana kampung. Walaupun hujan turun, tetap ada rezeki dapat potong rambut awal dan menikmati laksa panas ya, hehehe

    ReplyDelete
  7. Sesuatu yang dah lama sangat wak tak buat:
    1. Naik bas
    2. Beli/ baca surat khabar.
    3. Makan laksa (wak tak makan laksa)

    ReplyDelete
  8. Baru je balik dari jenjalan bawak PZ dan sampai juga di pekan tampin...cuma x sempat nak explore sepnuhnya

    ReplyDelete
  9. ME TIME cara masing-masing kan NA

    ReplyDelete
  10. Lama Cuya tak naik bas.. seronok gk naik bas, menggamit memori

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.