بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bersiaran daripada Hotel 24 di Sungai Besar. Rehat sambil menulis untuk blog. Datang sini Abah dan Emak. Emak ajak. Mula-mulanya teragak sebab puasa sunat tapi pergi juga untuk tinggal kepada kebun. Entah bila akan singgah ke Sungai Besar lagi kalau sudah tiada urusan.
Bertolak dari Melaka pukul 11 pagi. Singgah R&R Ayer Keroh untuk isi minyak dah isi semula Touch&Go. Kali ke-2 berhenti di R&R Dengkil Utara untuk Abah makan tengahari. Saya dan Emak tunggu dalam kereta. Sementara tunggu ambil gambar dari kereta
Sampai kebun keluar daripada kereta pukul 3:28 petang. Ambil gambar buat kenangan.
Kebun ini bersebelahan kubur Islam.
Harap orang yang beli dapat bangunkan dengan lebih baik. Lepas sudah tengok dan ambil gambar kami ke masjid untuk solat. Lepas solat ambil gambar. Saya ambil gambar waktu solat untuk rujukan kalau hotel saya tidak dengar bunyi azan.
Apabila puasa rasa macam lemau dan ambil berat waktu solat Maghrib. Lagilah bermusafir.
Cari hotel selepas itu di bandar dan dekat tempat makan. Maka Hotel 24 dipilih terletak di kawasan kedai. Ada 2 aras. Dapat Aras 1. 1 katil permaisuri dan 1 katil seorang. Malas ambil gambar bilik. Selesa sebagai hotel asas.
Selepas itu singgah restoran. Tidak banyak pilihan sebab makanan dah habis dan makanan panas yang terhad. Saya minta nasi goreng pattaya dan air teh tarik.
Lepas Emak dan Abah habis makan, kami bawa barang masuk bilik. Restoran ini seberang hotel.
Harap jual beli kebun berjalan lancar. Amin.














Dekat Lubuk Pusing rupanya..semoga berjalan lancar urusan jual beli nya.. untung pembeli, 2,3 tahun lagi boleh dah makan hasilnya..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteSelamat tinggal kebun... semoga terus berbakti....
ReplyDeleteSayonara utk kebun. Ada byk gambar2 ni boleh la buat kenangan.
ReplyDeleteJauh berjalan..banyak oengalaman, tempat di tuju lepas ke mana ya..semoga dimudahkan urusan ya..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan 🤲🏻
ReplyDeleteSemoga lancar semua urusannya tu, Amiiinnn YRA.
ReplyDeletenampak besar jugak kebun tu ye NA...sygnya nak jual ye...
ReplyDeleteKebun NA ke yang nak jual tu? Moga dipermudahkan urusan ya.
ReplyDeleteMemang jauh dari Melaka kalau nak jenguk dan urus, lebih mudah dijual.
Untuk waktu solat, saya install app Prayer Times and Qibla. Senang pergi mana-mana dia boleh update waktu solat ikut lokasi semasa kita.
Ini kebun Abah. Saya jarang sebenarnya datang jenguk.
DeleteBetul itu sudah jauh dari Melaka. Dahulu tinggal di Taman Jasa, Batu Caves dekat sedikit untuk ulang-alik tengok. Tq beritahu aplikasi waktu solat.
Alhamdulillah semoga lancar semua urusan jual belinya kak.
ReplyDeleteSaya pun kadang kalau jumpa mesjid saat traveling dan ada tulisan jam2 sholat, sering juga foto. Utk tahu jam berapa. Tp sejak install QuranBest jadi tak pernah. Sebab ada waktu sholat di semua negara dan kota. Tinggal ubah lokasi. JD saat di Belarus dulu, langsung pasang alarm setelah tahu jam berapa subuh 😄.
Baru tahu rupanya di Malaysia pun ada sawit yaa. Ingatkan hanya di Indonesia saja, lagi pula kerajaan Indo sini memang obses betul dengan tanaman sawit. heuheu.
ReplyDeleteKadang lebih mudah untuk jual sebab nak jaga kebun, bukan senang. Saya faham tu. NA pula tinggal jauh. Semoga selamat semuanya.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan jual beli tanah tu.. Moga ia bermanfaat dan memberi hasil baik kepada tuan yang baru..
ReplyDeletecantik kebun siap pokok kelapa sawit muda lagi., aminn
ReplyDeletesemoga urusan dipermudahkan...sayang juga pasal jual tanah tapi masing-masing punya kita tidak tahu la kan
ReplyDeleteWah! Ada Jalan Kiyai Marzuki. Harap2 satu hari nanti sy mampu menjadi kiyai juga. Skrg ni cuma cikgu sekolah.
ReplyDelete