بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Assalamualaikum...
Penantian suatu penyeksaan. Petang 4:30 petang baru dapat dengan tunggu lama. Orang J&T itupun bukannya dia hon (saya suruh dia hon untuk bagitahu sudah tiba untuk saya ambil terus). Tahu-tahu sudah letak dalam rumah (buka pagar awal siap-siap)
Harinya telah tiba. Jeng-jeng mari kita buka plastik biru 'Mimpi' ini. Agak besar dan ada satu bahagian keras. Mula-mula terdetik selimut sebab pernah dapat selimut dengan saiz parcel begitu.
Rupanya tekaan pertama saya betul dalam pos sebelum ini iaitu bantal. Ia disertakan dengan sarung bantal warna biru tua. Inilah sebab ditanya warna kegemaran. Warna kegemaran saya ialah hijau zaitun dan biru pekat.
Bantal jenama 'Kun' bermakna dalam Bahasa Hokkien ialah tidur. Ya lepas buka sahaja parcel itu rasa mengantuk sangat tapi tunggu solat Maghrib dan Isyak dahulu. Lepas itu boleh cuba tidur guna bantal baru. Hehe bantal lama saya sudah kempis, tidak gebu lagi.
Lepas solat terus rasmikan dengan buka plastik.
Selepas disarungkan bantal.
Bahagian keliling bantal ada 'lining' warna biru tua.
Bersedia untuk tidur 💤
Terima kasih SK, saya hendak tidur awal untuk bermimpi.






Tahniah NA.
ReplyDeleteMimpi yang indah-indah ye.
Kalaulah boleh pilih mimpi.
DeleteAlhamdulillah, tiba dengan selamat. Rasa tak tenang juga selagi tak sampai ke tangan tuannya. Selamat bermimpi yang indah². Terima kasih, Na, kerana sudi menembak lagi
ReplyDeleteItulah risau juga sebab hujan dan takut barang tidak sampai sempurna.
DeleteAlhamdulillah barang berkeadaan baik.
Moga mimpi yang indah belaka!
ReplyDeleteAmin.
DeleteWahhh bestnya dapat bantal. Boleh lena tidur la bantal gebu.
ReplyDeleteTq. Amin.
DeleteBantal jenama Kun?. Saya pun tgh cari bantal yg best, empuk dan selesa tapi blom beli2 lagi sbb confuse mana 1 nak dibeli.
ReplyDeleteSamalah sayapun keliru sebab takut tidak sesuai. Ada itu kena beli sekali banyak baru murah.
Delete