Sunday, April 19, 2026

Majlis Penutup Tilawah Hafazan Quran Kebangsaan (MTHQK) 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Malam tadi pukul 9 lebih ingat hendak tutup tv tapi tengok di skrin ada majlis penutup MTHQK di Terengganu. Teruskan tengok hendak tengok keputusan.

Saya tengok sebelah pagi iaitu hafazan. Itupun bukan semua.

Teruja kumpulan Hijjaz buat persembahan. 2 lagu.

Munif Hijjaz


Arifin Hijjaz




Lepas persembahan barulah diumumkan pemenang. Alahai seorang sahaja wakil Melaka yang juara untuk hafizah 1-30 juzuk.

Kemudian penghafaz terbaik keseluruhan buat persembahan. Penghafaz terbaik keseluruhan iaitu juara 1-30 juzuk dan tafsir iaitu hafiz: Muhammad Izzul Afnan Bin Sazali dari WP Kuala Lumpur.

Muhammad Izzul Afnan Bin Sazali


Bacaan Hafazan

Tafsir surah Luqman ayat 16. Ayat yang saya selalu baca sejak setahun lepas.

Selepas persembahan hafiz, muncul pula juara keseluruhan tilawah al-Quran iaitu qariah: Nur Syakura Binti Mohamad Musa dari Sarawak.

Nur Syakura Binti Mohamad Musa



Selesai bacaan qariah, baru hadiah diberikan untuk setiap kategori.

Nota: Simpan sini sebagai kenangan. Tahun depan di mana ya? Ada sesiapa tahu?



  


8 comments:

  1. Bagus, NA. Tengok Tilawah Hafazan ni. Saya ada perasan juga. Tapi saya tengok separuh akhir muzik-muzik. Teruk betul saya ni. Dah tua-tua pun, masih tengok program hiburan. 🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok yang hafazan bukan semua. Tilawah itu langsunglah tidak tengok.
      Entah-entah Nur lebih baik daripada saya. Nur belajar baca al-Quran.

      Delete
  2. Pun tak tenguk sebab dah lama sangat tak ngadap tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya boleh tahan diri daripada tengok tv.

      Delete
  3. Cuya pon dah tak tengok tv. Dah tak layan mana2 drama atau movie. Banyak tengok video di TikTok dan youtube sahaja. Mungkin generasi Cuya memang dah tak minat TV sebab sekarang semuanya online kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beza tengok di tv dan secara talian. Puas sedikit tengok tv.
      Mungkin juga generasi Cuya tidak tengok tv dah 🙂

      Delete
  4. Sy tengok x consistent tahun ni, terlupa dan kadang anak buka channel lain, malas nak berebut hehe
    Tahniah kpd semua pemenang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Ada hari tidak tengok. Ada hari tengok pagi, petang tidak tengok. Ada hari dapat tengok 2 sesi. Tengok kalau Abah hendak tengok tv.

      Delete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.