بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Malam tadi pukul 9 lebih ingat hendak tutup tv tapi tengok di skrin ada majlis penutup MTHQK di Terengganu. Teruskan tengok hendak tengok keputusan.
Saya tengok sebelah pagi iaitu hafazan. Itupun bukan semua.
Teruja kumpulan Hijjaz buat persembahan. 2 lagu.
Lepas persembahan barulah diumumkan pemenang. Alahai seorang sahaja wakil Melaka yang juara untuk hafizah 1-30 juzuk.
Kemudian penghafaz terbaik keseluruhan buat persembahan. Penghafaz terbaik keseluruhan iaitu juara 1-30 juzuk dan tafsir iaitu hafiz: Muhammad Izzul Afnan Bin Sazali dari WP Kuala Lumpur.
Selepas persembahan hafiz, muncul pula juara keseluruhan tilawah al-Quran iaitu qariah: Nur Syakura Binti Mohamad Musa dari Sarawak.
Selesai bacaan qariah, baru hadiah diberikan untuk setiap kategori.
Nota: Simpan sini sebagai kenangan. Tahun depan di mana ya? Ada sesiapa tahu?






Bagus, NA. Tengok Tilawah Hafazan ni. Saya ada perasan juga. Tapi saya tengok separuh akhir muzik-muzik. Teruk betul saya ni. Dah tua-tua pun, masih tengok program hiburan. 🙈
ReplyDeleteSaya tengok yang hafazan bukan semua. Tilawah itu langsunglah tidak tengok.
DeleteEntah-entah Nur lebih baik daripada saya. Nur belajar baca al-Quran.
Pun tak tenguk sebab dah lama sangat tak ngadap tv
ReplyDeleteBagusnya boleh tahan diri daripada tengok tv.
DeleteCuya pon dah tak tengok tv. Dah tak layan mana2 drama atau movie. Banyak tengok video di TikTok dan youtube sahaja. Mungkin generasi Cuya memang dah tak minat TV sebab sekarang semuanya online kan
ReplyDeleteAda beza tengok di tv dan secara talian. Puas sedikit tengok tv.
DeleteMungkin juga generasi Cuya tidak tengok tv dah 🙂
Sy tengok x consistent tahun ni, terlupa dan kadang anak buka channel lain, malas nak berebut hehe
ReplyDeleteTahniah kpd semua pemenang!
Samalah. Ada hari tidak tengok. Ada hari tengok pagi, petang tidak tengok. Ada hari dapat tengok 2 sesi. Tengok kalau Abah hendak tengok tv.
Delete