Tuesday, April 21, 2026

Terima Kotak Misteri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Balik dari Tampin sudah ke hujung petang dalam pukul 6 lebih. Masuk dalam laman rumah, Abah kata ada kotak tepi dalam laman. Saya cakap siapa punyalah sebab saya tiada menunggu parcel. Abah cakap mungkin adik ke- 2. Saya pula kata adik no-3. Saya pergi ke kotak. Terkejut tengok nama saya. Abah tanya saya ada pesan apa-apa ke? Saya kata mana ada. Lepas itu teringat...

Kotak Shopee Yang Ditanda Mudah Pecah



Saya ada jawab soalan Sis Notie. Tertanya-tanya saya berjaya jawab betul ke?

Lepas Isyak baru buka. Dalam kotak ada kotak kecil. Apabila buka:

Mangkuk 3 Tingkat



Ada mangkuk tingkat yang berwarna-warni. Cantik warnanya. Warna pastel.

Tq Sis Notie, senyap-senyap hantar. 

P.S: Baru baca pos Sis Notie. Maaf hari ini hari yang sibuk.


18 comments:

  1. Alhamdulilah... Ni macam Cuya haritu kak Notie hantar parcel mengejut takde nama penghantar. Terkejut kita, ingatkan ada orang minat kat kita hantar HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Kejutan yang membahagiakan ni…dapat hadiah.
    Tahniah Na 👏🏽

    ReplyDelete
  3. Tahniah NA! Mewah betul rezeki, selalu menang :)

    ReplyDelete
  4. comel mangkuk tingkat nya..
    alhamdulilah, sampai dah hadiahnya

    ReplyDelete
  5. Waaah baguuuus rantangnya, warna pastel nih lembuuut saja 😍😍👍. Memang berguna dan pasti terpakai

    ReplyDelete
  6. Wah..rezeki yang tak salah alamat..ingat ingat lupa rupanya dari Cik Note kan..tahniah

    ReplyDelete
  7. Tahniah, NA! Lawa mangkuk tingkatnya.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....rezeki tu

    banyak dapat hadiah jadi blogger nie

    ReplyDelete
  9. Tahniah NA! Rezeki berblogging, banyak terima hadiah dari rakan2 bloggers 😄

    ReplyDelete
  10. Comelnyaaa mangkuk tingkat kaler pastel ni !

    ReplyDelete
  11. Tahniah kerana selalu dapat hadiah drp kwn2 blogger yg baik hati....

    ReplyDelete
  12. Tahniah NA.. Alhamdulillah rezeki sebab NA rajin bersilaturrahim dengan kami..

    ReplyDelete
  13. Tahniah dapat hadiah dari rakan blogger.
    Cantik bekas tu, seperti memberi semangat untuk bawa bekal hari-hari.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah cantik mangkuk tingkat nya.. rezeki tu dari alam maya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.