Wednesday, August 5, 2026

Terima Hadiah Daripada Blogger Roziah Muhammad Nor

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya jadi tukang komen utama blog Cie pada Julai lepas. Cie umum pada 1 Ogos, parcel sampai 2 Ogos hari Ahad. Cepat betul.

Parcel Shopee

 

Apabila pegang parcel itu, ada rasa kotak. Dapat itu sudah pukul 6 petang lebih lepas Abah sampai dari kampung. Dia yang nampak. Maka buka lepas Isyak.

Cawan Pengacau Magnet Automatik



Ada pengisar dalam cawan. Boleh kacau air bagi sebati.

Cawan ini boleh dicas guna pengecas. Saya uji, alhamdulillah berfungsi. 28 yang tertera pada butang itu ialah jumlah pusingan untuk mengacau air.


Bahagian Dalam Cawan



Tq Cie kerana beri hadiah ini. Ala sedih blog Cie sekarang tidak boleh buka sekarang. Harap sebab masalah Blogger dan dapat diakses semula. Amin.

P.S: Yeay blog Cie dah boleh buka pukul 9:50 malam. Tengok blog Cikgu Etuzapun dah boleh. Alhamdulillah.

16 comments:

  1. Alhamdulillah...Tahniah kak. Dapat hadiah best ni. Senang kerja tak payah kacau, auto kacau sendiri ek.
    Itulah, sedih tengok ramai blog kawan-kawan not found. Semoga mereka dapat semula blog mereka dengan cepat. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, NA. Special hadiahnya. Tak pernah jumpa cawan begitu.
    Ye la, ramai kawan-kawan hilang blog. Harap mereka dapat semula blog masing-masing. Tadi saya pergi blog Aynora pun hilang.

    ReplyDelete
  3. Weaw! Tahniah!
    Uncle tak dapat aksess blog Cie hari ni... kenapa eh?

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya nak beli ini juga 😄. Tak jadi2. Nantilah checkout.

    Iyaaa banyak yg diremove hari ini blogspot yaaa. Teman2 saya yg ada paid article pening tadi pagi. Alhamdulillah dah banyak yg sudah normal lagi

    ReplyDelete
  5. Congrats NA.
    Oo patut la tak nampak Cie update, blog Cie pun hilang dari radar. Alahai ciannya.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak NA..
    Alhamdulillah, dah dapat buka blog masing².. Linda pun risau je semalam

    ReplyDelete
  7. wahhh... tahniah. bestnya dapat hadiah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah NA 👏🏻
    Alhamdulillah semua dah dapat kembali blog masing² rasanya.

    ReplyDelete
  9. Eh best la hadiah tu...tahniah NA terpilih jadi top komentator blog Cie...syukur blog kawan- kawan yang lain dah OK

    ReplyDelete
  10. nasib baik semua blog hilang tak lama...
    NA ni memang sentiasa bertuah,advanced cawannya boleh cas

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah blog dah kembali pulih. Tahniah jadi top komentator Julai 2026 blog Cie.

    ReplyDelete
  12. Tahniah NA! Alhamdulillah semua yg terjejas hari tu dah dapat balik blog masing2 termasuk la saya sendiri hehe

    ReplyDelete
  13. alamak blogger ada isu ke baru2 ni. saya pulak 2 minggu langsung tak check apa yg berlaku kat dunia blogging ni haha

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah
    Murah rezeki blogger2 ni

    ReplyDelete
  15. uihhhh handa cawan ni. kiranya kalau beli 3 in 1 tak risaulah kalau takde sudu.

    ReplyDelete
  16. Congrats sekali lagi... Rezeki tak pernah salah alamat 💝

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.