Assalamualaikum…
Selamat tengah hari Jumaat yang diberkati Allah. Baru lepas masak sayur campur. Haha punyalah jakun nak bagitahu orang masak apa.
Apapun nak cerita Masterchef Australia musim ke-3. Bagi peminat siri ini, siri terkini yang sedang ditayangkan di Australia tu makin menarik daripada segi peserta, cabaran dan cef yang terlibat.
Peserta semakin hebat kerana dah boleh menang imuniti dengan mudah. Kalau musim ke-2 tu cuma Marionsahaja yang menang imuniti tapi kalau musim ke-3, buat masa ini Hayden dan Dani dah menang imuniti. Tapi mungkin juga sebab cara cabaran itu dah berubah. Bagi saya lagi adil kerana peserta dan cef yang bertarung tu akan masak masakan yang belum kedua-dua buat contoh ada dia jemput chef pastri lawan Hayden untuk imuniti tapi bukan buat kek/pastri tapi kena masak masakan biasa di mana cef pastri tu pun kecut perut sebab dia tak mahir. Adil la kan. Takkan pula lawan buat pastri di mana dah jadi kemahiran cef tersebut. Mesti susah nak menang peserta kalau begitu. Makin menarik betul episod-episod musim ke-3 ini.
Cabaran pun jangan cakap makin pelbagai yang menguji peserta. Ada macam talian komunikasi. Korang ingat tak ada permainan di mana peserta pertama diberi kertas dan kena ingat lepas itu kena bagitahu peserta kedua dan ditambah ayat baru. Lepas itu peserta kedua sampaikan ayat dan tambah satu ayat baru kepada peserta ketiga. Ha begitulah dalam salah satu cabaran bezanya peserta pertama akan mendapat 6 resipi dan kemudian buatlah apa yang patut macam sukat/sedia bahan awal-awal sebelum diserahkan kepada peserta kedua hingga seterusnya. Haha lawak pada ketika itu ada yang mengubah resipi atau membuat kek cawan yang baru kerana kek hangus, tiada orang bagitahu masa untuk keluarkan daripada ketuhar.
Paling menarik, jeng-jeng. Cef yang terlibat dalam siri ini. Cef Wan pun ada waktu Masterclass. Haha. Popular betul. Sayang saya tak dapat tengok siri itu tapi saya nak tengok balik kalau ada kesempatan. Lagi tukang masak seperti Nigella Lawson (saya tak minat dia ni), Anthony Bourdain dan cef yang garang, Hell's Kitchen.Cuba teka siapa? Salah bukan Gordon Ramsey tapi Marco Pierre! Serius betul dia ni. Faham-faham jerla mentor cef yang datang semua peramah dan ceria tapi si Pierre ni masam jer muka (sebab tu saya suka tengok Masterchef Australia, cef-cef mereka ni baik hati, tiada marah-marah). Dani yang ceria tu pun macam tekanan jer dengan Pierre ni. Faham-faham jerla cara kerja macam Hell's Kitchen.
Haha ada yang teruja nak tengok ke sebab belum masuk siaran ke Malaysia lagi. Boleh tengok secara terus daripada internet. Nak tahu di mana, klik sini.
Itu sahaja maklumat saya nak kongsi pada peminat siri Masterchef Australia. Harap bermanfaat. Jumpa lagi.
P.S: Bagi mereka yang nak tahu siapa pemenang musim ke-2 Masterchef....pemenangnya ialah.....Adam.
best e cite nih?
ReplyDelete:)
jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
Best citer tu.
ReplyDeleteDah lawat blog awak:)