Tuesday, August 16, 2011

Menunaikan Janji... Apa Patut Dibuat Kalau Janji Belum Dapat Ditunaikan? Boleh Ke Tarik Janji?


Assalamualaikum...

Terima kasih atas peringatan pos si Soly ni pasal menunaikan janji. Menunaikan janji adalah wajib dan akan dituntut di akhirat sekiranya tidak ditunaikan. Teringatlah saya ada janji dengan sorang ni nak kasi cenderamata yang saya beli di Australia. Berzaman! Janji nak beri bulan Januari tapi sekarang (dah bulan 8) saya tak pos cenderamata tu kat dia.

Atas kesedaran baru sedar saya melengahkan untuk hantar kerana kemalasan dan skeptikal saya terhadap pejabat pos yang mana pernah saya tak dapat bungkusan dari kawan-kawan saya dari luar negara. Maka tanpa disedari kawan yang saya berjanji tu timbul kat reban ayam (YM) tiba-tiba.

Saya: F, maaf Kak Wina tak pos lagi
F: Pos apa
Saya: Ala kan Kak Wina janji nak pos 'keychain'
F: Ada ke?
Saya: Tak ingat ke? Haha bagus juga orang yang dijanji tak ingat. Ni ha kak Wina nak tarik janji boleh tak? Malas nak pergi pos.
F: Takpe 
Saya: (dalam hati: alhamdulillah)  Takpelah kalau Kak Wina ada hantar itu 'suprise untuk kamu'.

Lega memang tak boleh kata. Bayangkan betapa lama janji dibuat. Seronok pula yang dijanji pun tak ingat tapi janji tetap janji. Dia lupa takpe (yang dijanji) tapi jangan si penjanji yang lupa. Memang menganiaya diri sendiri untuk diminta perhitungan di Padang Mahsyar. Eh tapi boleh pula nak tarik janji nak beri. Macam buruk siku jer. Hehe tapi dah dak F redha maka boleh la kan? Hehe anda ada ke janji belum tunaikan? Baik tunaikan takpun berbincang semula dengan orang yang dijanji tu macam mana kan nak selesaikan.

Alhamdulillah satu perkara selesai. Cepat dipermudahkan semasa bulan Ramadan yang mulia. Ada sorang lagi saya janji pun dah dapat tarik. Maaf la yer sebab berat hati dan malas nak pos. Ini semua gara-gara ada peristiwa tak enak hantar/terima barang.



P/S: Ada tak janji saya pada pembaca, saya tak tunaikan? Habaq mai :) Ada ke istilah tarik/ menarik janji?





11 comments:

  1. salam wina...janji tetap janji jgn dilupakan yer...:)

    ReplyDelete
  2. @Mama Maszull: Yup kecuali kalau tak mampu nak tunaikan kena tanya orang dijanji tu.

    ReplyDelete
  3. @Amer Strive: Haah masa berjanji tu rasa boleh tunaikan. Terima kasih sebab beri pendapat :)

    ReplyDelete
  4. heeee
    baeknye kak wina..nak poskan hadiah ye..
    hehehhe...=)

    ReplyDelete
  5. @Mimito: Ek masalahnya bertangguh nak hantar. Janji kena tunai cepat-cepat.

    ReplyDelete
  6. hurmm..wina mengingatkan yana tentang..bukan janji..tpi camna eh nak ckp, yana ad gtau nak bg somting kat someone..tapi da sebulan lebih tak terbagi2,huhuhu

    ReplyDelete
  7. guna courier servis etc-dhl mudah dan cepat.

    ReplyDelete
  8. perrgghh.. teringat lak ngan janji gary kat berapa ribu kawan dah entah yang tak tertunai.. T^T

    ReplyDelete
  9. @Lana: Oh pasal amanah nak kasi barang.

    @Abgghani: Mahal bro.

    @Gary: Wah kena bincang dengan orang2 yang dijanji untuk lupuskan janji atau tangguhkan. :)

    ReplyDelete
  10. lembu di pegang pada tali..manusia di pegang pada janji...tak gitu eh?

    ReplyDelete
  11. @Kiz: Boleh ke tarik janji yang dibuat? Haha. Adui seksa menunaikan janji :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.